Friday, November 26, 2010

Kluang - Ayer Itam

Salam hari minggu kawan-kawan. Sudah tentunya kalian semua sedang bersantai bersama yg tercinta. Saya di tempat kerja melayan weekend blues saya di office. bulan November ni saya tak berkesempatan kemana-mana kerana terlalu sibuk dengan kerja..


Hampir sebulan yg lalu saya ke BP, melewati sempadan Johor, untuk memenuhi undangan rakan baik saya ke kenduri kahwin adiknya. Terima kasih la Cik Se, kalau tak tak sampai kami di Johor ni. Rasanya sepanjang tahun ini saya belum pernah lagi ke mana-mana kenduri kahwin. Sesampai di sana telahpun lewat. pengantin pun sudah sampai, dan sesampai di sana kami terus makan dgn amat berselera sekali. Rendang daging & kuah dalca.. emm sangat sedap sekali.. Moga bulan 12 ni ada undangan2 lain al -maklumlah cuti sekolah telahpun bermula.


Selesai di BP, saya dan rakan-rakan ke Kluang menikmati minum petang di stesen keretapi yg sering kali saya dengar kehebatannya. Kluang Rail-Coffee. Lokasi di stesen keretapi bandar Kluang. Saya pernah ke Kluang sebelum ini atas tujuan kerja, tapi masa itu saya tidak tahupun kewujudan Kluang Rail Coffee ni.


Jika anda ke bandar Kluang jangan lupa singgah merasa kehebatan kopi & roti bakarnya.Kedai ini juga ada menjual kopi yg telahpun siap di packing untuk pengemar kopi. Harga makanan adalah berpatutan.

Roti Kukus ke roti bakar ke, nasi lemak daun pisang & kopi, teh semuanya menarik kat sini. Kalau dah makan satu pasti nak tambah lagi. Emm tengok sendirilah gambar kat bawah ni.. Pasti buat air liur meleleh & melekat dalam ingatan. (Lihat tangan sidia itu yg tak sabar nak menjamah roti kukus itu - sidia terima kasih belanja saya makan ya, harap nanti belanja saya lagi :)

Bila perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Air Itam. Bila dah kenyang hatipun senang, masa untuk pergi shopping. Kat air Itam ni apa yg takde.. pilih je, hargapun murah dan boleh tawar-tawar lagi. Dari perhiasan rumah - Pasu, tikar, bunga dll. Bagi mereka yg mencari bunga telur dan lain-lain persediaan majlis kahwin - bermacam-macam pilihan ada disini. Selain itu ada juga di jual buah-buahan dan sayur2-an, segala macam kerepek dan jajan kata org Johor. Ada peluang saya pasti ke sini lagi.


Kami sebenarnya tak lama berada disini kerana hujan lebat turun dengan lebatnya. Kamipun terus sahaja pulang ke KL di dalam hujan lebat. Terima kasih pada kawan-kawan yg menemani dan pada Cik driver dgn Baby 'O'nya terima kasih kerana memandu pergi dan balik, saya sebagai co pilot menemani sehinggalah sampai ke KL. Gambar-gambar ini saya ambil dari koleksi kamera kawan saya yg sgt cool orgnya. Begitulah pengembaraan kami berakhir.

Saya masih mencari-cari waktu untuk merehatkan minda. InsyAllah selepas habis kerja, saya pasti akan kembali mengembara & berkarya.

Salam hari minggu buat semua.

Tuesday, November 9, 2010

Jalan-jalan KL 3


Taman Orkid

Salam kembara kawan-kawan. Saya sambung cerita kembara saya di Kuala Lumpur. Saya tak pergi jauh, berhadapan taman burung KL adalan taman orkid & bunga raya. Wanita mana yg tidak suka bunga, lihat nama orkid itu saja sudah buat hati saya girang sebab saya tahu saya suka shoot gambar bunga. Saya pernah ke taman orkid ini beberapa kali, tapi lawatan kali ini saya khaskan untuk mengambil gambar dan muatkan dalam blog saya ini.

Terletak berhadapan Tmn Burung KL dan masuk adalah percuma. Jika anda seorang peminat bunga terutamanya orkid bolehlah meluangkan masa ke taman ini. Terdapat bermacam-macam species bunga orkid yg di tanam. Sangat menarik perhatian saya kerana kebanyakan bunga orkid yg saya lihat tidak pernah saya temui sebelum ini.

Saya tidak akan bercerita panjang kerana saya nak kongsi terus gambar-gambar yg sempat saya rakam. Kadang-kadang dengan kata-kata tidak mampu menggambarkan keindahan sebenar sesuatu ciptaan Allah. Oleh itu biarlah foto-foto ini yg menceritakan segalanya.








Jalan-jalan KL 2

Taman Burung KL

Harga Masuk : RM 20 (Dewasa dgn My Kad)

(Weekday) : RM 10 (Kanak2 dgn My Kad)

Saya teruskan perjalanan untuk melihat keindahan burung dan alam sekitar. Memandangkan matahari sudahpun berada di atas kepala, adalah baik saya ke tempat yg teduh dan agak sejuk seperti taman burung ini. Terletak berhampiran Tmn Tasik Perdana, bersebelahan taman orkid dan taman bunga raya. Sekitarnya pula terdapat taman rama-rama, pusat Islam dan Masjid Negara berhampiran taman burung ini. Maksudnya jika anda punya tenaga yg banyak anda boleh berjalan kaki di sekitar kawasan ini dan anda akan temui kepuasan yg tak terhingga. Penat anda akan hilang setelah melihat indahnya alam.

Taman Burung KL ini adalah merupakan Tmn Burung sangkar yg terbesar di dunia. Terdapat banyak spesis burung yg saya jumpa. Di antara burung-burung yg saya temui adalah Merpati, Bangau, burung kakak tua, angsa, burung unta dan bermacam2 lagi. Saya terlalu asyik merakam gambar sampai lupa untuk melihat nama & spesis. Ini di antara gambar-gambar burung yg sempat saya ambil.

Merak - Ketika saya asyik mengambil gambar sekumpulan kanak-kanak dari sekolah tadika sedang asyik dan menjerit-jerit melihat seekor merak sedang mengembangkan bulunya yg sangat cantik dan unik itu. Beberapa pelancong Arab sedang berusaha mengambil gambar burung merak itu yg memusing-musinngkan badannya sambil mengembangkan bulunya ke kiri dan ke kanan.. (nampak sombong dan megah dgn bulunya yg cantik itu). Memang sukar, multiple shoot saya ambil sehinggalah ke akhir saya berjaya juga mengambil secara dekat bulu burung merak yg sangat berharga ini

Burung Unta (Ostrich) – ketika saya lalu di atas bukit saya terpandang satu kawasan berpagar yg di penuhi burung-burung unta, dari yg kecil sehingga yg sebesar-besarnya. Ada di sediakan kawasan memberi makan kepada burung unta.


(World of parrot) – saya sampai di zon burung kakak tua. Saya sangat suka parrot.. especially yg berwarna merah & hijau.. ketika saya masuk ratusan parrot mengelilingi saya. Kebetulan ada dua orang tourist (2 mat salleh lelaki) juga masuk bersama saya. Saya ambil peluang ambil gambar dia sedang memberi makanan kepada parrot tersebut. Nah segala tempat parrot itu hinggap. Saya suka pic ini.. saya kongsi beberapa gambar parrot yg saya suka.

vcfSpesis Bangau & Flamingo - Bangau-bangau pink (flamingo) berkaki panjang ini kebanyakannya sedang tidur, mungkin masa mereka beradu agaknya. Stail tidur bangau adalah sama, kaki satu di atas.. manakala di sandarkan ke badannya. Bila di lihat hanya nampak satu kaki. Lagak orang tidur macam tu, unik tapi pelik.

Ketika saya asyik melihat flamingo ini tidur saya sempat merakam gambar seekor angsa hitam yg sedang berenang di tengah tasik.

Selain itu terdapat beberapa jenis burung yg saya agak kurang arif nama & spesisnya.









Begitulah seronoknya saya melihat telatah burung dan saya puas hati kerana masa yg saya ambil ini bukan weekend dan saya punya banyak masa menikmati keindahan alam dan ciptaan Allah ini. Rupanya tidak perlu jauh untuk mencari ketenangan dan tak salah juga kalau kita nak pergu jauh kerana pengembaraan itu satu keseronokan. Kemana saya selepas ini, tunggu tulisan saya seterusnya..


Sunday, November 7, 2010

Jalan-jalan K.Lumpur

Perjalanan saya seterusnya adalah sekitar Kuala Lumpur, bandaraya yg sangat sibuk keadaannya. Saya sempat singgah beberapa tempat yg menjadi tumpuan pelancong & penduduk tempatan ketika hari cuti.

Dataran Merdeka

Ketika saya sampai di sini jam dari bangunan Sultan Abd Samad ini tepat menunjukkan pukul 11 am, matahari sudah berada hampir di atas kepala. Keadaan sudah agak panas ketika saya sampai di sini. Terdapat 3 buah bas & sebuah van pelancong berhenti dan saya di antara ratusan pelancong yg dating ketika itu.

Saya tidak lepaskan peluang mengambil gambar mercu tanda yg amat bermakna bagi Malaysia. Di sinilah sambutan hari kemerdekaan di buat setiap tahun sebelum munculnya KLCC dan Putrajaya. Sambutan malam tahun baru juga sering di sambut setiap tahun di sini sebelum ini.

Sepanjang padang Dataran merdeka ini terdapat deretan lampu & bendera bersilih ganti. Di atas pentas berhadapan Perpustakaan Kuala Lumpur berkibar megah di tiup angin bendera Malaysia ataupun nama kininya jalur gemilang. Berkibar di tiup angin. Saya terasa bangga menjadi anak Malaysia. Saya akui saya jarang mengamati keadaan ini, kerana saya yg selalu sibuk dgn kerja, ini bukan menjadi penghalang bagi saya berjiwa patriotik dan sayangkan Negara Malaysia yg tiada tolok bandingnya di dunia. Aman damai sentisa.


Berhadapan dataran merdeka ini sergam Bangunan Sultan Abd Samad, Mahkamah Kuala Lumpur & Kementerian Penerangan & Komunikasi. Dari sini saya boleh lihat Menara Klcc, ini bermaksud Dataran Merdeka ini berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Banyak lagi mercu tanda yang mempunyai sejarah yg tersendiri di sekitar Kuala Lumpur ini. Mungkin di lain kesempatan saya singgah. Ini adalah di antara gambar yg sempat saya rakam di tengah terik matahari.

Tuesday, November 2, 2010

I City

Pengembaraan saya di teruskan ke ICT yg terletak di antara Shah Alam & Klang. Kalau tak silap saya ICT ini wujud sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. Saya banyak mendengar cerita kawan-kawan saya yg telah pergi ke sini dan hari ini saya ke sini lagi. Sebelum ini adalah 2-3 kali saya ke sini, membawa kawan dan adik melihat sendiri keindahan ICT ini. Namun saya masih belum bosan untuk menjejakkan kaki lagi kesini.

Kedatangan saya ke ICT kali ini dgn tujuan untuk merakamkan gambar pemandangan di ICT ini utk di muatkan dalam blog pengembaraan saya ini. Perbezaan yg saya dilihat pada lawatan kali ini. Kemasukan kali ini berbayar, sebiji kereta bayarannya ialah RM5 iaitu pada hari biasa (weekdays), saya tidak pasti pada hari minggu, mungkin bayarannya dua kali ganda. Oleh kerana malam ini hari biasa maka senang bagi saya mencari parking.

Selain telah dikenakan bayaran, terdapat penambahan pokok2 berlampu dgn berbagai bentuk baru yg di paparkan. Selain pokok, dan tanglung terdapat juga buahan2 berlampu di letakkan di dalam ICT ini. Sebuah Tv screen besar juga di letakkan di tengah-tengah padang. Rekabentuk lama masih di kekalkan dan banyak penambahan telah dilakukan.

Ini adalah di antara gambar yg sempat saya ambil di ICT malam ini, berbekalkan kamera & lense yg ada ini.