Tuesday, April 3, 2012

Cambodia Day 3, 4 & 5

Hari ke tiga hanya banyak kepada perjalanan pulang ke Phnom Phen. Selepas sarapan pagi di D'Wau muslim restoren, kami menunggu van yg akan menghantar kam ke hentian bas. Bas yg kami bertolak pasa jam 2ptg.
6 jam lagi duduk di dalam bas. Perjalanan yg agak panjang saya hanya habiskan mengelamun melihat pemandangan sekitar. Separuh perjalanan bas berhenti di sebuah restoren utk berhenti rehat. Macam2 gerai makanan kami lihat, ternampaklah jua kami makanan yg pernah di jumpai di Malaysia, belalang & lipas goreng.




Akhirnya kami sampai di Phnom Phen. Sampai dalam jam 7.30 sudahpun menjelang malam. Kami menetap di Bilabong Hotel. Agak selesa hotel dan berpatutan harganya.Seperti biasa masa makan sudah kelewatan dan kami ke satu restoran orang Islam di Phnom Phen ini. Asmak 81, makanan menarik yg kami cuba adalah daging masak khmer.

Selepas makan malam kami terus ke Night Market. Keadaannya agak berlainan dari pasa malam kita di Malaysia. Kelihatan agak meriah dgn pertandingan nyanyian dan jualan2. Gerai-gerai makanan nya agak berlaian dimana pembeli makan beralaskan tidak seperti mana kita makan di kampung bersila di atas tikar.
Setelah penat berjalan, kamipun pulang ke hotel merehatkan diri. Adalah yg terus balik ke bilik utk tidur dan ada yg tidak lepaskan peluang berendam di dalam kolam yg tiada masa tutupnya. 
Hari ke 4 pun hadir, satu hari yg penuh dgn aktiviti. Seawal 7pagi kami dah bersarapan di hotel. Van telahpun menanti utk membawa kami jalan-jalan Phnom Phen. Tempat lawatan kami yg pertama adalah Muzium Tuol Sleng (Penjara S-21). 



















Penjara S-21, dahulunya merupakan sekolah 4 bangunan yang digunakan sebagai penjara oleh rejim Pol Pot. Bangunan ini kemas terpelihara, namun ribuan kisah derita terpahat didalamnya.

Di sini, semua tawanan diseksa, dipasung dan dipaksa mengaku atas semua pertuduhan yang dihadapkan -  walaupun tuduhan itu tidak benar. Mudah cerita, sesiapa yang di tahan di sini penghujungnya adalah mati. Aku tak dapat Bayang kan betapa seksanya mangsa diperlakukan begitu oleh kader rejim Pol Pot.



Kami jadi sedih melihat kekejaman ini. Sehingga ada yg tidak sanggup lagi utk masuk melihat sel-sel seksaan, yg gelap dan menakutkan. Tawanan yg akan di hukum bunuh akan di bawa ke 300 lebih tanah-tanah pembunuhan (Killing Field) di sekitar Cambodia.

Seterusnya kami ke Memorial Cheung Ek ( The Killing Field), perjalanan sejauh 15km dari bandar Phnom Phen. 20 - 40 minit perjalan kamipun sampai. Perjalanan agak jauh pe pendalaman sesuai dgn nama tempat ini. Choeung Ek Genocidal Center mulanya adalah merupakan kaawasan pekuburan Cina.
 
Lubang2 kubur yg telah digali.
Tempat ini memiliki luas sekitar 2,5 hektar. Oleh rejim Khmer Rouge, selama mereka berkuasa iaitu dari 1976 hingga sekitar awal tahun 1979, tempat ini dijadikan tempat membunuh dan penguburan bagi ribuan korban. Sebagian besar yg terkorban tersebut berasal dari tahanan yang diangkut dari Penjara Rahsia S-21 Tuol Sleng. Sesampainya di tempat ini, para tahanan kemudian dibunuh dan dikuburkan.

Terdapat juga dua pokok besar yang jadi tumpuan. Satu pokok dijadikan tempat menghempas kepala kanak-kanak dan bayi manakala satu lagi pokok tempat menggantung pembesar suara yang memainkan muzik kuat. Ini bertujuan untuk menutup bunyi jeritan mangsa yang sedang diseksa / dibunuh.
Pokok digunakan utk menggantung speaker muzik
Pokok tempat menghempas/membunuh  bayi




























Di sana-sini ada bekas-bekas kaca mempamerkan tulang-tulang, pakaian serta gigi mangsa yang telah digali.Satu menara setinggi 17 tingkat telah di bina di antara pintu masuk dan padang, menempatkan tulang belulang mangsa dan cebisan pakaian.
 
Kesimpulannya, sesiapa yg ingin ke Cambodia wajib pergi ke kedua tempat ini. Di sinilah boleh kita lihat kekejaman manusia yg tak berakal sanggup membunuh manusia yg tak bersalah tanpa belas kasihan.


Kami kembali ke pekan Phnom Phen utk berhenti makan. Pilihan makan kami sekali lagi di D'Wau Phnom Phen. Selepas itu kami ke Russian Market untuk membeli cenderahati utk di bawa pulang ke Malaysia. Ada yg memborong kain, beg, dan macam-macam barang perhiasan.














Kain2 di sini sangat murah namun utk barang cenderahati lebih murah di Seam Reap. Dari 2.30 petang sehinggalah 5.30 petang kami bershopping di sini.





Akhirnya kami menyusuri Sg Mekong, dan berhenti melihat Royal Palace, National Museum dan pemandangan sekitar Sg Mekong.
 
Kami duduk di tepi sungai, melihat pemandangan dan gelagat orang Cambodia, kanak-kanak, peniaga2 wanita menatang makanan sambil memegang anak, para rahib sedang duduk berehat.Cantik pemandangan di muara sungai Mekong ini, dan dalam hati berkata, sudah sampai ke hujungnya pengembaraan kami kali ini. Ini malam terakhir dan kami memilih makan malam di Asmak 81, selepas makan malam kami jalan di supermarket berdekatan hotel, meriah juga keadaan di sini.



Hari Ke-5, selepas makan pagi, ada yg decide utk melakukan shopping terakir ke Cm sebelum kami berangkat pulang. Akhirnya sampai masa utk kami pulang ke tanah air. Sampai di Airport Cambodia dalam jam 2.30 petang. Tinggallah Cambodia yg penuh cerita suka dan dukannya. Ini menjadi satu kenangan buat kami semua.



















Wajah anak-anak orang Kemboja

Semoga kami dapat lagi kesana.. kali ini kalau boleh ingin mendalami kemiskinan org Islam di bumi kemboja ini. Jika di banding dgn kehidupan orang di Malaysia, bumi kemboja sangat kering dan penduduk masih ketinggalan jauh dan di belenggu kemiskinan. Bersyukur kita di lahirkan di bumi Malaysia ini.

1 comment: