Dipengakhiran cuti sekolah bulan March baru ini, aku telah membawa adik-adik dan Emak ke Putrajaya, melihat belon panas yg telah sekian kalinya di buat. Baru kali ini aku berkesempatan melihat sendiri kecantikan belon panas ini. Tempat di Precint 2, Putrajaya di persekitaran tasik Putrajaya.
4th Putrajaya International Hot Air Ballon ini sebenarnya berlangsung dari 15 - 18 March 2012. Kami kesana pada hari Ahad iaitu hari terakhir dan hari penutup.(http://www.myballoonfiesta.com/index.html)
Di awal pagi kami telah bergegas ke sana. Kami sampai dalam jam 7.30 pagi dan ketika sampai orang telahpun sampai. Parkingpun sudah mula penuh, aku decide parking tepi jambatan je, tak kisahlah walau kena jalan jauh, senang nak balik nanti tak payah bersesak. Gigih kami ni dengan tak bersarapan pagi lagi kami terus ke padang tempat belon telahpun mula di isi gas. Semasa itu sudah 2-3 belon panas sudah naik ke udara.
No comments:
Post a Comment