Salam kembara dari saya.. perjalanan saya kali ini adalah sekitar negeri Selangor & Kuala Lumpur. Mempergunakan 3 hari masa percutian kali ini, banyak juga tempat yg saya sempat singgah. Hari pertama saya ke Kuala Selangor, bandar di muara sungai Selangor yg menjadi jajahan takluk Belanda dulunya. Saya pernah ke sana lebih 10 tahun dulu ketika membuat kajian tapak untuk kursus yg saya ambil masa itu.
Pembangunan kian rancak di sini, namun tinggalan sejarah masih di pelihara. Oleh kerana saya memulakan perjalanan agak lambat, maka ketika saya sampai matahari sudah ada di atas kepala. Hanya mengambil masa setengah jam dari kediaman saya dan jika dari KL lebih kurang sejam perjalanan. Tempat pertama yg saya singgah adalah di Bukit Melawati atau di panggil Bukit Selangor.
Saya kongsi gambar-gambar yg sempat saya ambil ketika beberapa jam berada di atas Bukit melawati :
1. Altingsburg Lighthouse (Rumah Api)- sesuai kedudukannya di atas bukit meninjau kehadiran musuh dari laut.
2. Tinggalan Meriam Belanda
Terdapat banyak meriam-meriam replika diatas bukit dan di sekitar kota melawati ini.
3. Makam Diraja
Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
4. Batu Hampar
Kata orang dulu-dulu, batu hampar ini adalah tempat orang memancung kepala pesalah.
Permandangan dari atas bukit, kelihatan laut yg menghadap Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Lense saya tidak bisa memfokus lebih jauh.(maaf atas kualiti gambar yg kurang menarik)
Lotong adalah menjadi penghuni tetap di Bukit Melawati ini. Ada beberapa lelaki India menjual makanan untuk lotong-lotong ini.. ketika saya di sini beberapa orang pelancong asing sedang asyik memberi makanan kpd lotong-lotong itu. Lotong lain dari monyet/kera, ada jambul..
Begitulah serba sedikit cerita perjalanan saya di Bkt Melawati.. selepas penat saya menekan shutter saya berhenti makan nasi lemak yg saya masak dan air sarsapila yg buat dahaga saya yg tadi itu hilang.. tunggu celoteh saya, sebab perjalanan saya di Kuala Selangor belum selesai lagi.. berhenti rehat seketika ...
No comments:
Post a Comment