Saturday, October 30, 2010

~Nature Park (Tmn Alam)~

Salam kembara..
Pengembaraan saya sambung di Tmn Alam, masih di dalam daerah Kuala Selangor. Bersebelahan dengan Bkt Melawati.

Tmn Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Tmn ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Tmn Alam berkonsepkan Taman Burung, dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

Gambar ini adalah jalan yg saya lalui.. Penuh dgn pokok yg bermacam jenis. Seperti satu laluan yg sangat cantik..



Semasa saya perjalanan saya berjumpa seekor burung bangau. Selain itu burung belatuk, burung helang dan berbagai-bagai lagi jenis burung yg tidak saya kenali. Ada beberapa pondok tinjau yg berada disini untuk tujuan melihat burung-burung ini.



Dari jauh kelihatan rumah api di Bkt Melawati.


Saya amat tertarik dengan sepasang burung helang yg sedang terbang sambil memanggil (menyahut) antara satu sama lain. Sangat suka saat ini, walaupun lense saya utk jarak dekat namun saya berjaya mengabadikan gambar seekor daripada helang tersebut.





Terdapat satu jambatan/laluan panjang di sepanjang hutan paya bakau yg di buat khas untuk melihat hidupan yg berada disekitar paya bakau ini. Selain dari pohon bakau yg tumbuh subur di sini, terdapat hidupan lain seperti belacak, ketam & siput.





Saya bertuah kerana ketika saya melalui kawasan ini, air kering dan saya dapat lihat hidupan tersebut merangkak dan menjalar di sekitar kawasan paya bakau tersebut.Kagum dengan ciptan Tuhan.



Tmn Alam adalah simbolik dengan alam sekitar dan yg pastinya banyaklah pohon-pohon hijau yg hidup merimbun. Ada pokok yg saya kenal seperti pokok mengkudu, senduduk namun ada juga yg saya tidak arif tentang pokok-pokok ini.



Inilah di antara gambar yg sempat saya rakamkan. Banyak sebenarnya mungkin di laian kesempatan saya kongsi bersama.





Bersebelahan Tmn Alam ini terletak Kolam Ikan air tawar tetapi ketika saya di sini kolam air tawar itu tutup, mungkin kerana hari biasa tiada dan tidak ramai pengunjung. Selain dari tempat yg saya kunjungi ini anda bolehlah ke Kg Kuantan yg terkenal dgn himpunan kelip-kelipnya. Tempat ini dibuka pada malam hari sahaja. Begitulah perjalanan saya berakhir di Kuala Selangor. Pengembaraan masih di teruskan ke Shah Alam, selepas kecewa mencari Kg Nelayan.

2 comments: