~Kembara sepi seorang insan yg kagum dengan ciptaan-Nya, Alam - udara, air & bumi. Amat menghargai kehijauan alam semesta yang tiada galang gantinya~
Saturday, April 24, 2010
Cuti2 M'sia - Kuala Kangsar
Percutian aku kali ini agak panjang. 2 hari di hospital, tambah sehari mc sebabkan infection pada luka tu.. seterusnya bercuti seminggu. Maksudnya aku meninggalkan meja ofis ni selama 10 hari. Selepas aku rasa sihat, aku mulakan perjalanan aku seawal pagi ke utara.
Destinasi pertama yg aku singgah, adalah di bandar diraja Kuala Kangsar. Sebenarnya kali terakhir aku menjejakkan kaki ke bandar ini pada 18 tahun yg lalu.. aku ke sinipun kerana lawatan sambil belajar aku ke bandar ini untuk kertas kerja Siar kaki & mercu tanda. Aku ingat lagi.. lama zaman aku masih belajar di ITM lagi.
Memang banyak perubahan dan bandar ini semakin maju. Kalau dulu gerai-gerai makan dan cenderahati kecil hanya ditepi-tepi jalan sahaja.. tapi sekarang ni gerai2 telahpun menjadi kedai-kedai telah dibuat semula oleh Majlis Daerah Kuala Kangsar. Bayangkanlah nak makan Laksa Kuala Kangsar ada kompleks Laksa & Cendol tersendiri. Dalam kompleks ini semua gerai menjual laksa/ABC & Cendol.. Pilih sahaja mana yg berkenan. Memang aku ke sini mencari laksa Kuala dan Labu Sayong. Sesampai sahaja aku terus masuk ke kompleks ini dan makan laksa. Minum Cendol dan menghilangkan kepanasan dek terik mentari.. Maklumlah waktu aku samapai matahari tegak di atas kepala.
+
Sudah sahaja makan aku terus ke kedai-kedai cenderahati, mencari labu sayong. Banyak dan murah jika di bandingkan dgn harga di KL. Selain Labu utk diri sendiri, aku ambil juga utk cenderahati utk Emak dan kwn2. Sebatang tongkat rotan untuk Opah di kampung. Inilah dia Labu Sayong yg aku beli utk di letak di meja ofis :
Setelah dapat apa yg diingini, aku teruskan perjalanan ke rumah keluarga angkatku di Kedah. Perjalanan yg panas membuatkan kepala aku agak pusing. Namun bila sampai je di Kedah, bumi di basahi hujan.. Akhirnya setelah 3 jam perjalanan sampai jua aku di bumi Kedah.
SEJARAH KUALA KANGSAR :
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Istana Iskandariah, Bkt Chandan, Kuala Kangsar
Itu kisah hari pertama aku di utara. Kisah perjalanan akan di sambung ceritanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kuala kangsar cantik! aku dah pi kompleks laksa tu. dalam banyak2 gerai, terkena tempat laksa tak besh. erk..
ReplyDeleteKamipun terkena laksa yg x sedap.. tapi yg best mee laksa kat sini lain drp yg lain..
ReplyDelete