Salam hari minggu, seperti yg di janjikan saya kembali utk mengupdate cerita percutian saya selepas ke Kuala Kangsar. Sesampai di Kedah, selepas habis lelah dan penat semalam memandu dari Kl, kami ke Sunway City Complex di seberang Jaya hari Sabtu itu, selepas maka tengahari di kedai makan tempat mak cik aku kerja. Fuyooo ayam panggang percik dan kuah asam pedas amat menyelerakan sekali. walaupun jam baru menunjukkan pukul 1 pm, lauk semuanya sudah habis.. memang rezeki aku ada lagi hanya ayam percik yg tinggal, mak cik keluarkan pada kami semangkuk udang Masak pedas dgn petai.. aduhh lagi terliur aku di buatnya.. memang puas hati hinggakan aku terlupa nak snap gambar makanan disebabkan tahap kelaparan aku yg melampau.
Aku bawa sekali adik2 sepupu yg kebetulan cuti sekolah. kami sampai ke Sunway Carnival dah petang, dan tak banyak aktiviti yg boleh di buat di shopping complex, melainkan membawa mereka ke tempat permainan. Nak tengok wayang, semua tiketpun dah habis.. selain tu kami window shopping. Penat berwindow shopping kami bawa anak2 riang ini ke kfc..mereka makan dgn girang sekali dan akhirnya kami pulang kerumah. Habis satu hari timbul pula hari Ahad.
Pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah bangun. Aku berpesan pada mereka semalam utk siap awal kerana aku plan nak bawa mereka pusing-pusing Penang Island hari ni.. Kami mulakan perjalanan tepat pukul 9 pagi, selepas sarapan di rumah, aku decide melalui Jambatan Pulau Penang, balik nanti barulah kami naik Feri. Destinasi pertama yg kami pergi adalah ke Bkt Bendera. Aku memandu berdasarkan papan tanda dan peta yg kami bawa utk mencari destinasi-destinasi yg menarik.
Sesampai Di Bkt Bendera, alangkah terkejutnya kami, rupanya Bukit Bendera tutup utk renovation. Setahun lagi baru siap khabarnya, kalau aku tak ke sini maknanya kau tak tahu berita ini. Walau bagaimanapun orang ramai masih boleh ke Bkt Bendera melalui Jalan lain, dgn menaiki 4WD (Four Wheel Drive), satu kepala RM 70 Dewasa dan kanak2 RM 20. Memang agak mahal so kami decide ke destinasi lain. Tunggulah 1 tahun lagi ada umur kami ke sana lagi.
Destinasi ke dua, kami ke Tmn Botani, Penang. Disini berbagai-bagai jenis pokok boleh di dapati. Masuk ke sini adalah percuma. Bagi yg rajin dan suka adventure boleh berjalan kaki mengelilingi taman, bagi kami lebih senang naik keretapi dan duduk menikmati keindahan pokok-pokok yg hidup menghijau.
Aku amat tertarik dgn satu pokok yg mana akarnya tumbuh di atas batang bukan di bawah tanah. Dari akar-akar tersebut keluar buah dan bunga yg sgt menarik seperti gambar di bawah :
.
Selain dari itu banyak lagi pokok-pokok yg unik dalam Tmn Botani ini, selain itu banyak juga bunga-bunga yg jarang di lihat di jual. Di akhir perjalan di sini kami singgah di satu kedai Anggerik/Orkid & Kaktus.. mcm-mcm pokok taman ada di jual dgn harga yg agak mahal.
Cuaca amat baik hari ini. Panas terik yg bisa buat kulit kami masak. Kami singgah di Gurney Plaza.. lari dari panas terik. Habis Gurney Mall kami pusing, perut sudah berbunyi minta di isi. Kami ke Chicken Rice Shop utk makan. hmm sekali lagi x sempat nak snap gambar.. sebab terlalu teruja makan. Bila perut sudah kenyang, hatipun senang utk meneruskan perjalan.
Destinasi seterusnya kami ke Butterfly Farm, Teluk Bahang. banyak sekali rama-rama dalam Farm ni. dari pada keopompong, ulat beluncas sehinggalah menjadi rama-rama ada di pamerkan didini. Sejarah kewujudan rama-rama juga ada di pamerkan di sudut-sudut pameran dan juga audio visual tentang rama-rama.
Jika ada rama-rama maka tentu adalah bunga-bunga. Dan bermacam-macam jenis serangga juga ada di pamerkan di sini. Nak masuk kena bayar RM10 Dewasa dan Kanan2 RM5
Sedang aku sibuk mengambil gambar, adalah satu rama-rama ni admirer kat aku. Rama-rama Hitam Biru.. akhirnya dapat juga aku snap gambar ketika dia hinggap di tangan aku. Nice, this buterfly so awesome.
Kami sempat singgah di Tmn Rimba, Penang. Disini kami hanya melihat dan kami tidak plan utk ke sini. Oleh kerana bersebelahan sgn Buterfly farm kamipun singgah dan melihat-lihat apa yg menarik. Dalam ni ada home stay bagi yg nak menginap, ada sungai dan air terjun. Malangnya kami tak bawa barang mandipun. Seblum balik kami sempat beli seluar mandi utk 2 orang sepupu-pupu kami yg masih kecil yg nak sangat mandi laut.
Destinasi akhir kami adalah ke pantai Batu Feringgi. sepanjang jalan utk pulang kami akan menyusuri pantai Batu Feringgi di sepanjang jalan, memang amat menarik dan menenangkan minda. Petang ini amat panas sekali, walaupun jam menunjukkan pukul 6pm, matahari masih terik. Kami biarkan budak-budak kecil itu mandi-manda. Kami yg dewasa ni dok bersembang di tepi pantai dan aku membaca novel sambil menikmati udara petang di tepi pantai batu Feringgi.
Di sepanjang pantai, masih ramai yg mandi manda, beraktiviti kayak, banana bot, berjet ski dan ada juga yg menaiki payung terjun yg ditarik dgn bot laju. Memang seronok. Dan memang aku teringin tetapi perjalan kali ini tidak bersedia utk melakukan aktiviti pantai. Ada juga aktiviti menaiki kuda menyusuri pantai, RM 15 - 20 seorang.
2 sepupu kami ni agak interested untuk menaiki kuda. Pada mulanya kami tak berminat sebab agak mahal, sehinggalah harga turun kepada RM10 utk 2 kanak2. Memang diskaun habis.. merasalah diorang menaiki kuda yg gagah perkasa berna POWER ni.
Dari dulu aku memang gemar duduk di tepi pantai. Selain menenangkan fikiran, aku tahu yg hidup kita ini kadangkala perlukan kedamaian dan lari dari kesibukan kota. Mungkin sekali-sekala setelah sibuk dgn kerja, kita rehatkan tubuh badan kita gn bercuti. Sebenarnya rasa tak puas mengelilingi Penang dalam masa sehari, rasanya byk lagi tempat yg kami tak dapat pergi. Mungkin di lain waktu dan jika di panjangkan umur aku pasti sampai lagi ke Pulau Mutiara ini.
No comments:
Post a Comment