Di pagi Isnin ini, pagi-pagi lagi mak cik sudah memasak untuk kami berkelah di Bukit Hijau. Aku tak pernah lagi sampai ke sini, walupun banyak kali aku menjejakkan kaki di Negeri Kedah Darul Aman ni. Mak cik siap masak dalam pukul 10pagi dan selepas kami membuat persiapan kami pun meneruskan perjalanan masa hampir sejam.
Perjalanan ke sana mengambil
Jalan agak sunyi kerana melalui jalan dalam lading kelapa sawit yg berbalam-balam besarnya. Lepas ladang kelapa sawit jumpa pula rumah-rumah estet di tepi-tepi jalan. Akhirnya kami sampai di sana. Tak begitu ramai orang kerana hari Isnin lah katakan.
Ketinggian bukit yg akan kami daki agak tinggi, dan kami gagahkan jua langkah ke tingkat ke-6 kerana sudah pastilah air terjun lebih cantik, Selepas puas berjalan, akhirnya kami jumpa poert bagus utk berkelah dan mandi. Keadaan di sini agak bersih dan terjaga. Masih ada kedai-kedai yg beroperasi dan tandas awam masih elok. Baguslah untuk bawa keluarga berkelah dan mandi manda di sini.
Bila dah dapat port apalagi, kami terus terjun masuk ke dalam air yg sangat sejut bak ais batu. Keadaan panas tengahari buat kami lagi teruja mandi. Mandi sepuas-puasnya sehinggakan adik2 sepupu kami itu mengeletar kesejukan.
Bila dah lama berendam, perutpun mulalah lapar. Kami ke gazebo yg telah di sediakan oleh pihak Bkt Hijau. Mak cik masak lauk udang & petai masak pedas, sayur campur & ayam goreng rempah yg pastinya menjilat jari kesedapannya. Aku sampai 2-3 kali tambah dan menghabiskan lauk yg ada. Bila dah kenyang aku duduk sambung baca novel sambil memerhatikan yg lain mandi. Aku masih kekenyangan, tapi bila badan sudah mula panas semula akupun turut turun berendam lagi.
Tiba-tiba langit mendung seperti cemburu dgn keseronokan kami. Bila hujan rintis mula turun, kami pun cepat-cepat salin baju disebabkan takut lencun dek hujan lebat nanti. Walaupun kena balik kami puas hati sebab sempat berendam lama dan mandi air terjun sepuasnya. Kegembiraan ini pastinya ingin aku ulang lagi kerana alam dan aku seperti tak dapat dipisahkan.
No comments:
Post a Comment