Saturday, May 1, 2010

Cuti2 M'sia berakhir Di Kepala Batas

Ahirnya perjalanan percutian aku kali ini berakhir di Kepala Batas, Penang. Sebelum aku pulang ke KL, aku singgah di rumah Emak Angkat. Paling akhir aku berjumpa Emak adalah pada tahun lepas. Terlanjur aku berasa di utara ni, aku pun singgah di kampung yg di keliling sawah padi. Aku tidak bernasib baik kerana ketika aku sampai di sini, padi telah pun di tuai dan kebanyakan bendang sedang di bajak oleh pemilik tanah.



Emak mempunyai pusat perubatan tradisionalnya sendiri. Semasa aku sampai dia sedang sibuk melayan pelanggan yg datang. Aku kagum dgn Emak sebab dia amat tabah dan kuat bekerja. Aku ingin jadi setabah dia. Dalam diam aku bersyukur punya Emak yg sangat memahami dan kuar semangat. Oleh kerana kami lama tak jumpa kami bersembang panjang.

Kebetulan semasa kami ke sana, mataharipun sudah di atas kepala, menunjukkan masa makan telah tiba. Emak mengajak aku keluar ke pekan Kepala Batas untuk makan. Katanya anak emak datang dari jauh tak sempat dia sediakan makanan. Aku faham dan akupun tak nak menyusahkan dia. Kami menuju ke Kepala batas di satu kedai Din Ikan Bakar. Ya Allah Tuhan saja yg tahu betapa banyaknya makanan disini,, dari lauk biasa, gulai kawah, sup tulang, ikan bakar, daging bakar dan macam-macam lagi, lihat saja gambar di bawah adakah anda terliur melihat makanan yg terhilang.



Bila tengok sudah menyelerakan, bila makan lagi rasa nak angkat kaki tangan sekali, sedapnya.. hingga habislah nasi. Siakap bakar, sup tulang, kari batang pisang (masakan terkenal di utara, air asam, kerabu, ulam-ulam - jantung pisang. ish-ish banyak sungguh lauk yg Emak utk kami makan 4 orang hingga tapau bawa baliklah lauk yg tak habis. Memang puas hati, hargapun berpatutan.



Satu hari aku nak bawa kawan-kawan aku ke sini. Makanlah apa lagi.. aku tahu mereka mesti sukakan tempat ini. Sesiapa yg berada di Kepala Batas sudah tentu tahu tempat ini.. jika anda ke utara jgn lupa ke Din Ikan Bakar di Kepala batas.

Aku bertolak balik ke Kl dalam pukul 5pm. Dalam perjalanan pulang aku singgah di rumah kawan baik aku di Sitiawan, di mana tempat lama aku belajar dulu. Hmm mengimbau memori di sana.. teringat zaman belajar di situ dulu. haih semua tinggal kenangan. Sembang punya sembang dgn kawan aku tu sampailah lewat malam. Aku ingat nak balik malam tu juga tapi keletihan terasa aku tunda esok pagi sahaja balik ke KL kerana aku masih ada 1 hari lagi cuti.

Esoknya pagi-pagi lagi aku meneruskan perjalanan. Dan begitulah berakhirnya cuti panjang aku kali ini.

No comments:

Post a Comment