Di pertengahan bulan Julai yg lalu sejurus sahaja hari lahir. Aku telah pergi ke satu tempat yg amat mendamaikan sekali.. kawasan ini berada nun jauh di pinggir hutan Pahang yg aku tidak pernah jelajahi sebelum ini.
Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam, dan bila sampai di kawasan ini aku rasa sangat tenang sekali.
Inilah rumah yg aku duduki.. ala-ala baliness stail.. aku sangat suka.. rumah yg di kelilingi pokok.. sejuk sahaja mata memandang.. seterusnya
Ini sedikit gambaran dalaman rumah yg aku duduki. Dari kerusi, katil, hiasan semuanya ala-ala baliness stail.. bilik airnya yg cantik, bilik tidurnya yg superb boleh buat mata tertutup bila duduk di atas katilnya.. emm mcm ala-ala gi honeymoon la pulak rasanya.. Barang-barang antik yg di display.. amat menarik sekali
Lihatlah pokok-pokok yg memagari jalan :
Titi yg di huni oleh mrak rimba yg dipeliharai oleh tuan punya resort AR ini...
Pokok palma, pokok kipas, pokok buah2an juga banyak di sekitar resort ini. yang paling best di hari terakir kami di jamu makan durian oleh tuan punya resort.
Ini adalag gambar pusat aktiviti, di mana mesyuarat/makan/karaoke/astro & lain2 aktiviti boleh diadakan. Superb tempat ni dan banyak masa aku duduk di sini.
Disini juga ada disediakan kemudahan memancing, di mana aktiviti memancing boleh di lakukan, dapat ikan, tuan resort akan masak dan makan di situ juga.
Bila penat dengan aktiviti2 lasak.. emm aku terjun ke dalam kolam yg amat menarik ni.. superb duduk berendam dalam air lama-lama
Seterusnya di luar kawan resort ini ada sebatang sungai yg mengalir. Bagi sesiapa yg lama tak menikmati air sungai yg sejuk boleh la terjun ke dalam sungai ni, tapi awas banyak hidupan liar yg ada.. especially katak.
Begitulah seronoknya aku menikmati keindahan percutian di pinggir hutan. boleh kata ini kira mcm hadiah hari lahir utk diri aku sendirilah. Walaupun penat dgn aktiviti yg di aturkan, aku rasa puas. InsyAllah aku akan ke sini lagi. One day.
No comments:
Post a Comment