Hari Ke - 2
Seawal subuh kami telah
bangun, ada yg telah awal lagi turun untuk melihat orang di sana membuat
roti. Awal sungguh orang Kemboja di sini mula bekerja. Rakan-rakan
memilih roti kosong sahaja untuk di beli dan menjadi bekalan kami ke
Angkor Wat nanti.
Agak jauh juga perjalanan
kami ke Angkor Wat, dalam 30 - 40 minit kami telahpun sampai. Keadaan di
sana masih gelap. Ketika kami sampai telah ramaipun org sampai dan
sudah tentunya mempunyai matlamat yg sama dgn kami untuk meliha matahari
terbit di Angkor Wat. Saya sangat kagum di dalam kegelapan sempat lagi
lelaki Kemboja ini memula perniagaan menjual buku2 bersangkutan dgn
Cambodia & Angkor Wat.
Semua orang mula berkumpul di hadapan sebuah tasik berhadapan dgn Angkor Wat dimana dijangkakan matahari akan terbit di belakang Angkor Wat ini. Bagi photographer inilah masa yg di nantikan. Memang cantik ciptaan Allah tiada tolok bandingnya.
Mataharipun sudah mula
naik, dan kami masing-masing sudah kelaparan. Perut masing-masing telah
di minta utk di isi. Di bawah pohon yg rendang dan disuatu gerai yg
kecil kami sarapan pagi berbekalkan roti yg dibeli tadi dan bekalan roti
yg di bawa dari Malaysia bersama kopi kemboja. Bagi yg tak tahan nyamuk
di sana agak banyak nyamuk sampaikan kopi yg di hidangkan bersama
nyamuk, ha ha kopi nyamuk kami panggil. Saya kagum bila melihat kanak2 kecil ; remaja perempuan berniaga menjual barangan cenderahati. Cekalnya hati mereka mencari rezeki. Diwajah mereka nampak kedaifan yg bikin hati saya jadi sayu.
Dah
kenyang perut kami teruskan usahakan kami menerokai Angkor Wat.
Mengamati dari luar tidaklah dapat kita lihat apa isi dalamnya. Mengikut
pengamatan saya
Angkor Wat (Seven Wonders' of the world")
Angkor bermakna "capital city" atau " Holy City" bagi masyarakat
Kemboja. Mengikut bahasa sanskrit bermaksud "Negara/bandar". Khmer"
merujuk kepada masyarakat etnik di Kemboja. "Angkor" telah digunakan
oleh Kerajaan Khmer (angkor) sebagai Ibu Kota (Capital city) bagi
Empayar Angkor antara abad ke-9-12. Sumbangan paling besar bagi Raja
Angkor ialah pembinaan sistem pengairan untuk pertanian padi dan
pembinaan Temple yang tersegam, indah dan megah.
Terdapat banyak Angkor dalam kota ini sebenarnya. Angkor Wat adalah yg terbesar. Diantara Angkor lain yg kami lawati adalah Angkor Tom &; Bayon menjelang tengahari kami telah kembali ke bandar dan terus menuju ke Kg Budaya
Gambar2 ketika melawat ke tiga2 Angkor. Ada yg berniaga, bermain alat muzik etc. Pokok besar tumbuh dari dalam Angkor
Cultural Village (Kg Budaya)
Di pintu masuk terdapat dewan untuk di lawati di mana disini di tunjukkan gambar & replika budaya orang Kemboja dan sebagainya. Kg Budaya orang Kemboja ini adalah lebih kurang sama dgn Kg Budaya yg ada di Malaysia ini, tetapi saiz adalah agak besar dan keadaannya lebih teratur. Di sini ditunjukkan beberapa contoh rumah contoh mengikut budaya dan kaum (Cina, Melayu Champa, Khmer), di setiap rumah di selitkan dgn tarian (tarian Cina, Tarian Merak & budaya/majlis perkahwinan mengikut budaya masing-masing. Ini di antara gambar2 yg sempat di ambil di sekitar Kg Budaya Kemboja ini.
1. Replika Kg Terapung di Tonle Seap
2. Rumah Khmer
3. Replika of Central Market dan banyak lagi
4. Perkampungan2 mengikut bangsa
Setelah selesai lawatan kami pulang berehat sementara menunggu malam hari utk lawatan kami seterusnya utk melihat tarian Apsara/tarian Khmer Klassik yg menjadi budaya turun menurun orang Kemboja. (Sila ke entry sebelum ni utk cerita tentang Tarian Apsara). Kami ke Koulen Restaurant, Siam Reap pada jam 7.20 malam dgn tiket $6 seorang. Oleh kerana restoren ini tidak menyediakan makanan halal, kami bersetuju hanya membayar hanya utk tiket Apsara dance. Selepas itu kami ke Kfc Seam Reap utk makan.
Oleh kerana malam ini adalah malam terakhir kami berada di Seam Reap, kami tidak terus balik ke hotel. Kami mengambil peluang ini utk terus ke Night Market untuk mencari cenderahati. Orang Seam Reap sangat bai hati dan sangat lemah lembut. Kadang-kadang rasa tak sampai hati utk menurunkan harga. Akhirnya berhelai-helai t shirt, kain dan cenderehati kami dapat beli dgn harga yg sangat murah. Jika anda ingin mencari barang utk di bawa pulang ke tanah akr belilah di Seam Reap kerana di sini sangat murah berbanding barang di tempat lain. Kami akhiri jalan-jalan kami malam ini dgn urutan kaki oleh gadis kemboja $2 untuk 15 min berpatutan dan berbaloi utk kaki setelah penat berjalan sepanjang hari.
Berakhir hari ke 2,kami melangkah longlai balai ke hotel.. rasa nak bawa pulang gadis kemboja tadi utk terus mengurut kaki yg sakit ni
(to be continue...)
No comments:
Post a Comment