Saturday, April 23, 2011

~negeri di bawah bayu~

Salam dari negeri dibawah bayu. Kembara saya kali ini jauh di seberang laut china selatan. Kali ini saya terbang dan menetap di Kota Kinabalu selama 4 hari. Perjalanan seawal 6 pagi, mengejar flight 10.30am. Supaya tidak terlepas flight seawal subuh telah berada di Lcct.

Saya sangat suka awan di KK, maka akan byk la gambar awan dan sehingga habis bateri kamera saya. Gambar berada di pasar Nabalu dan Filipino Market tak dapat saya snap. Memang sangat bersih dan cantik awan di sini tak sama macam ni Semenanjung. Tiap kali saya melihat pasti saya akan memujinya..

Lihat sajalah gambar-gambar ni :

a) gambar ni saya ambil ketika perjalanan naik ke Mount Kinabalu Park


b) pantai di tempat saya menginap.. waktu ini jam 6.00 ptg, senjakala sudah mula menurunkan tirai. Sangat cepat gelap di sini.

c) gambar di ambil dari atas Bukit Karamunsing, ketika makan tengahari di sebuah hotel di sana. Terasa berada di tempat iklan Salem di buat. Penuh dgn pokok-pokok pain

d) Kehijauan yg sangat menyejuk mata, di ambil ketika jungle trekking di Mount Kinabalu Park.
(Ada semat niat utk naik Mount Kinabalu one day, sinilah check point sebelum naik ke gunung. Kena cepat-cepat siapkan minda dan fizikal utk naik ke atas)


e) Berhenti seketika di Tugu Pahlawan Karamunsing, suka lihat bunga-bunga yg di tanam di sini




Tempat wajib anda harus pergi ketika di KK, Pekan Nabalu - boleh cari barang2 kraftangan yg murah, Filipino Market - makanan Sabah keropok, ikan bakar, mutiara, dan lain-lain brg kraftangan (so simpan duit anda utk berborong di sini).

Padi Huma yg Di Jual

Lihat sahajalah keadaan di Airport KK, flight jam 6.30ptg. Serupa malam. Saya sangat suka view ini. Selamat jalan KK, rindu kamu semua di sana.

Tuesday, April 19, 2011

Tanah Tinggi vs Tanah Rata (Cameron Highland)

Salam kembara di malam hari bekerja.. saya agak sibuk di beberapa minggu ini.. makna nya utk post kali ini sudah hampir 3 minggu kelewatannya.. Lawatan singkat saya ke kawasan tanah tinggi yg penuh dgn hidupan hijau.. Ini kali ke 2 saya ke sini.. ada hajat nak ke sana lagi, bila rasa nak makan strawberry segar dan manis atau tika musim panas, seronok di tanah tinggi yg serba sejuk ini..

Kembara saya di mulakan di lewat petang, selepas saya habis bekerja. Perjalanan mengambil masa 3 hingga 4 jam dari KL, dipengaruhi dgn keadaan cuaca atau situasi lebuhraya utara-selatan waktu perjalanan yg di rancang. Alhamdulillah perjalanan saya berjalan lancar tanpa hujan atau gangguan trafik seperti jammed atau kemalangan. Saya keluar di persimpangan Simpang Pulai memandangkan hari sudahpun malam, tak berani melalui kawasan Tapah kerana keadaan jalan nya yg sangat mencabar. Tol dari KL Rm 14 ++ Jalan ke Cameron dari Simpang Pulai tidaklah sunyi byk kereta naik ke atas malam itu.. Jalan semakin elok jika di banding lawatan saya yg pertama dulu.

Se sampai di sana tak banyak aktiviti yg dapat di buat kerana hari dah malam, berehat saja di hotel yg sejuk walaupun tanpa alat penghawa dingin. Saya menginap di Tanah Rata.

Pagi menjelma saya awal pagi dah bersarapan strawbery dan madu yg di beli di pasar malam Brinchang semalam. Manis betul strawbery ni, di KL jika beli di Jusco rasanya pasti masam. Sejuk yg teramat.. bermalas-malas di bilik.

Keluar mencari makanan sudahpun tengahari, namun seterik manapun matahari tak terasa panasnya... sejuk dingin je.. bila perut yg lapar telah di isi barulah berdaya kaki ni melangkah. Di antara tempat-tempat yg sempat saya singgah :
1. Pasar Tani Brinchang - sempat beli strawberry, madu, sayur2an & bunga ros yg sgt murah harganya

2. Time Traveller & Strawberry Park - melihat strawbery farm & having strawberry cheese cake

3. Nursery shop - saja mencuci mata melihat pokok bunga yg cantik dan jarang di lihat di KL

4. Bee's Farm - melihat rumah lebah, jumpa keratan akhbar, jumpa uncle yg jual madu di pasar tani tadi.. rupanya dia pemilik Ladang Lebah yg kami kunjungi

5. Cameron Valley Tea Plantation - turun ke ladang teh, bau daun teh, petik dauan teh.. bila da penat naik atas dan minum teh tarik float. Heaven..


Perjalanan dari Tanah Rata terus menuju ke Tapah, 5 persinggahan sebelum masuk ke kawasan Tapah dan terus pulang ke KL. Perjalanan menurun bukit sangat mencabar.. sempat singgah di gerai di tepi jalan membeli durian yg dijual oleh orang asli di kawasan pergunungan ini. Bertuah rasa kerana 3 biji durian yg di beli sangat sedap isinya.

Berakhir percutian singkat saya, sampai di persimpangan highway plus, ketemu kesesakan lalu lintas. Begitulah resamnya.. setelah kita bergembira kembali pada resam yg asal... semoga kita di jauhkan dari stress, bila stress cari tempat yg mendamaikan...

Rindu hijau daun dan bau teh..

Friday, April 1, 2011

Istana Menanti

Akhir March saya ke daerah Kuala Pilah.. kesempatan kesana saya ambil untuk ke daerah Seri Menanti, di mana terletaknya Istana Negeri Sembilan Darul khusus. Istana lama ini kini telah di jadikan Muzium, semua kerabat Dirajanya telahpun berpindah ke Istana baru yg terletak tidak jauh dari Istana Lama ini. Beginilah serba sedikit istikamah tentang Istana Lama ini.


Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan. (Malaysia Book of Record).


Berikut adalah serba sedikit koleksi gambar yg dapat saya ambil ketika lawatan saya ke sini. Sambil melihat sambil membaca sejarah tentang salasilah Raja Negeri Sembilan ini. Banyak yg saya telah lupa. Tentang 10 Luak dan sebagainya.

Tempat Bersemayam

tingkat 3 Istana, tempat simpanan senjata
Tingkat 1, ruang santapan Di raja
Ruang tidur putera raja

Tingkat bawah istana, masih ada kesan garisan mainan teng teng. Pernahkah anda mencuba permainan ini?
Istana besar sekarang :

Begitulah serba sedikit kembara hujung minggu saya. Penuh ilmuan dan semoga khazanah lama seperti ini di pelihara terutama untuk anak bangsa yg masih dalam alam persekolahan.

Istana Menanti.. Pasti...

Utara & Sawah Bendang


Salam kembara dari saya.. lama menyepi oleh kerana kesibukan kerja.. cuti sekolah yg baru lepas ke utara memenuhi undangan WaLimatul urus, singgah di kampung halaman keluarga angkat saya di Bagan Serai.. namun percutian tak lama..

Ketika di Bagan.. bendang telahpun kontang airnya dek kerana padi telahpun di tuai.. ketika saya di sini bendang sedang di bajak.. kelihatan burung-burung berkaki panjang mencari makanan seperti tidak hiraukan ngauman 2 jentera pembajak yg sedang.. Sibuk mencari cacing untuk dijadikan santapan petang itu..

Saya seperti biasa ambil peluang mengail di parit.. namun nasib saya tidaklah sebaik sebelum ini.. hanya seekor ikan puyu berjaya saya kail.. mungkin ketika ini ikan tak banyak berbanding masa aku pulang sebulan yg lalu...

Tak banyak photo yg sempat saya ambil memandangkan lawatan yg sangat singkat..

Wednesday, February 16, 2011

Hutan Lipur Kanching


Salam Maulidur Rasul buat semua, di kesempatan cuti kali ini, kembara saya diteruskan kawasan Hutan Simpan yg berada di dalam negeri Selangor Darul Ehsan bersebelahan kawasan Templer Park yg dulunya sangat popular. Berada di daerah Rawang, 30 minit perjalanan dari Bdr Kuala Lumpur dan lebih kurang 45 minit dari Shah Alam. Hutan Simpan ini adalah memisahkan antara Selangor & kawasan KL (Wilayah).

Perjalanan saya di mulakan dengan mendaki bukit menyusuri Sg Kanching yg setinggi 8 hingga 9 tingkat Air Terjunnya... di setiap tingkat yg saya berhenti mesti ada pengunjungnya, mungkin kerana hari ini cuti dan penduduk sekitar bandar datang ke sini menghabiskan masa.

Sepanjang perjalanan tidaklah terlalu panas kerana laluan di penuhi pokok-pokok hutan yg merimbun dan menyejukkan suasana. Laluan juga ada separuhnya telahpun dibuat tangga batu, dan laluan bersimpan. bila sampai di tinggi antara 6 - 9 tingkat, laluannya tidak lagi bersimen dan melalui lorong yg sedia ada di dalam hutan.. merasa jugalah jungle treking sementara sampai di tempat yg hendak di tuju. Walaupun di selang seli berhentinya kerana mengambil nafas kerana terlalu letih memanjat bukit tinggi tadi akhirnya saya sampai di tempat yg hendak di tuju.
Saya berhenti di level ke-8 di mana kawasan air terjunnya langsung buat saya jatuh cinta untuk berhenti. Terus hilang sesak nafas tadi setelah berjalan setinggi 8 tingkat tingginya.. Memang indah ciptaan Allah.. Keadaan di sini agak selesa kerana pengunjung tidaklah seramai di level bawah tadi.. Tempat ni memang cantik SubhanAllah.. pemandangan indah sejuk mata memandang dan suasana pun baik.. tak kisahlah ada 2 group lain yg dah sedia datang.. sama-sama share keindahan sambil mencuci minda yg telah stress-up sebelum ini.
Walaupun sebentar cuma saya di sini, telah banyak ketenangan yg saya dapat. Buat yg menemani, I hope you also like it and we can make this activity as our monthly activity. Aktiviti yg menyihatkan dan menyorokkan. Mencari lagi tempat hiking dan air terjun untuk kembara akan datang. Masa kembara telahpun tamat, sedia utk berkhidmat untuk negara. Jumpa lagi...

Friday, February 11, 2011

North Memory

Salam kembara dari saya dan selamat berhari minggu buat semua. Jika minggu lalu yg mengambil cuti panjang sempena CNY dan hari ini saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai penjawat swasta. Saya ambil masa rehat saya untuk mengupdate blog dan berkongsi percutian saya ke bumi utara. Dari pada dulu saya memang sukakan suasana di Utara dan juga orang-orangnya yg amat peramah. Banyak chemistry orang kata..
5 hari percutian saya sangat banyak meninggalkan kesan pada saya, sebagai bekalan untuk saya meneruskan hidup dan menguatkan semangat saya kembali menjalani hidup. 3 hari saya berada di Kedah Darul Aman, aktiviti selain dari pergi menziarahi keluarga angkat tersayang, saya ke jemputan kenduri kahwin. Merasalah saya gulai daging batang pisang yg buat saya makan tak mengangkat muka lagi. Terima kasih pada yg menjemput. Jgn lupa jemput lagi jika ada undangan.

Aktiviti yg selalunya akan saya buat bila balik ke utara adalah mandi sungai. Di kampung tempat saya pergi ini terkenal dgn jeram sungai dan bermacam-macam lata terletak di sini. Tempat yg saya pergi namanya Lata Sedim adalah berdekatan dgn kampung, lebih kurang 15 minit memandu kereta. Air sungai agak deras kerana air sungai itu mengalir turun dari kaki gunung.. dan agak bahaya jika air dalam. Saya pernah menuruni jeram ini menaiki tiub getah bersama seseorang dulu dan ia akan menjadi kenangan terindah buat saya. Puas mandi saya belajar berenang, kebetulan ada ruang yg airnya agak tenang. Dia mengajar saya berenang. Terima kasih.


Balik dari sungai kebiasannya kami akan singgah membeli asam jeruk yg memang terkenal di daerah ini. Masing-masing pulang keletihan tetapi sangat puas hati.

Seterusnya sebelum balik ke KL singgah di daerah sawah padi di daerah Parit Buntar, Perak. Menziarahi keluarga angkat saya di sana, di mana rumahnya berdekatan sawah padi.. Namun begitu padi baru sahaja di tuai dan tidaklah dapat saya melihat kehijauan padi. Sesampai di sana haripun dah petang, saya dan dia tak lepaskan peluang memancing ikan di parit dkt dgn sawah padi tersebut. Namun begitu oleh kerana hari sudah lewat sedikit sahaja ikan yg dapat. Keesokannya mencuba lagi kali ini memang banyak ikan yg kami dapat. Ikan Keli, haruan dan puyu, ikan-ikan ini memang banyak terdapat di sawah padi.

Akhirnya tiba juga masa saya harus pulang ke KL, plannya dari petang nak balik anjak ke malam selepas makan malam. Makan nasi panas dgn ikan goreng hasil tangkapan kami petang tadi. Cicah pula dgn air asam, memang terangkat. Bila lagi nak dapat peluang sebegini.

Sepanjang perjalanan pulang, kenderaan banyak dan rasa bagai nak krem kaki kiri asyik menekan pedal clutch.. namun terpaksa jua sbb cuti saya telahpun berakhir dan akan bermula semula episod kehidupan saya di bandar.

Salam kembara saya akhiri.. ~kenangan terindah ini adalah milik abadi~

Thursday, February 3, 2011

Pangkor Island (Day 2)

Kami terbangun agak lambat pagi itu.. mungkin kerana terlalu letih agaknya. Pagi-pagi lagi 2 org kawan kami mencari makanan utk sarapan pagi. Sambil makan sambil membincangkan aktiviti seterusnya. Masa agak terhad kerana kami kena check out sebelum pukul 12pm.


Aktiviti kami seterusnya adalah snorkeling, di hantar menaiki bot di sebuah pulau lain untuk beberapa jam.. di situ kami akan dibiarkan berendam di dalam air... belajar mengapungkan diri... belajar menggunakan google.. bagi yg dah tahu berenang tiada masalah.. saya yg tak tahu berenang ni memang bergantung pada pelampung diberikan.. mujurlah ada kawan-kawan.. dapatlah juga melihat ikan di dalam laut.. Tak puas rasanya.. kena tajamkan skill bernafas dlm air... dan mungkin belajar berenang lepas ni..


Ketika melalu kawasan snorkeling ini terlalu byk batu & teritip di dalam laut. Hampir semua terluka kaki dek si teritip kecil ini.. sampai ada yg bawa balik.. emm walaupun ini pengalaman pertama saya dan mungkin juga bagi kawan-kawan saya.. ia sangat menyeronokkan.

Nikmatilah, sedikit gambar yg saya ambil dari atas bot.


Selesai aktiviti ini kami menaiki banana boat. 2 kali kami di terbalikkan. Ada yg kena sepak terajang.. ada yg rasa cium lutut saya.. dan mcm2 aksilah ketika jatuh tu.. ada antara kami yg naik jet ski... Begitulah aktiviti kami berakhir di pulau.

Semoga lain kali saya dapat lagi arrange vacation bersama begini. Keakraban antara kami makin terasa. Berkekalan hendaknya sampai bila-bila.


Semasa otw balik sempat kami singgah di gerai Mr Cendol.. menarik juga kedai ni, selain cendol, rojak & laksa juga ada di jual disini..

Ketemu lagi di lain percutian. Salam kembara dari saya di kejauhan ini...