Friday, February 11, 2011

North Memory

Salam kembara dari saya dan selamat berhari minggu buat semua. Jika minggu lalu yg mengambil cuti panjang sempena CNY dan hari ini saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai penjawat swasta. Saya ambil masa rehat saya untuk mengupdate blog dan berkongsi percutian saya ke bumi utara. Dari pada dulu saya memang sukakan suasana di Utara dan juga orang-orangnya yg amat peramah. Banyak chemistry orang kata..
5 hari percutian saya sangat banyak meninggalkan kesan pada saya, sebagai bekalan untuk saya meneruskan hidup dan menguatkan semangat saya kembali menjalani hidup. 3 hari saya berada di Kedah Darul Aman, aktiviti selain dari pergi menziarahi keluarga angkat tersayang, saya ke jemputan kenduri kahwin. Merasalah saya gulai daging batang pisang yg buat saya makan tak mengangkat muka lagi. Terima kasih pada yg menjemput. Jgn lupa jemput lagi jika ada undangan.

Aktiviti yg selalunya akan saya buat bila balik ke utara adalah mandi sungai. Di kampung tempat saya pergi ini terkenal dgn jeram sungai dan bermacam-macam lata terletak di sini. Tempat yg saya pergi namanya Lata Sedim adalah berdekatan dgn kampung, lebih kurang 15 minit memandu kereta. Air sungai agak deras kerana air sungai itu mengalir turun dari kaki gunung.. dan agak bahaya jika air dalam. Saya pernah menuruni jeram ini menaiki tiub getah bersama seseorang dulu dan ia akan menjadi kenangan terindah buat saya. Puas mandi saya belajar berenang, kebetulan ada ruang yg airnya agak tenang. Dia mengajar saya berenang. Terima kasih.


Balik dari sungai kebiasannya kami akan singgah membeli asam jeruk yg memang terkenal di daerah ini. Masing-masing pulang keletihan tetapi sangat puas hati.

Seterusnya sebelum balik ke KL singgah di daerah sawah padi di daerah Parit Buntar, Perak. Menziarahi keluarga angkat saya di sana, di mana rumahnya berdekatan sawah padi.. Namun begitu padi baru sahaja di tuai dan tidaklah dapat saya melihat kehijauan padi. Sesampai di sana haripun dah petang, saya dan dia tak lepaskan peluang memancing ikan di parit dkt dgn sawah padi tersebut. Namun begitu oleh kerana hari sudah lewat sedikit sahaja ikan yg dapat. Keesokannya mencuba lagi kali ini memang banyak ikan yg kami dapat. Ikan Keli, haruan dan puyu, ikan-ikan ini memang banyak terdapat di sawah padi.

Akhirnya tiba juga masa saya harus pulang ke KL, plannya dari petang nak balik anjak ke malam selepas makan malam. Makan nasi panas dgn ikan goreng hasil tangkapan kami petang tadi. Cicah pula dgn air asam, memang terangkat. Bila lagi nak dapat peluang sebegini.

Sepanjang perjalanan pulang, kenderaan banyak dan rasa bagai nak krem kaki kiri asyik menekan pedal clutch.. namun terpaksa jua sbb cuti saya telahpun berakhir dan akan bermula semula episod kehidupan saya di bandar.

Salam kembara saya akhiri.. ~kenangan terindah ini adalah milik abadi~

No comments:

Post a Comment