~Kembara sepi seorang insan yg kagum dengan ciptaan-Nya, Alam - udara, air & bumi. Amat menghargai kehijauan alam semesta yang tiada galang gantinya~
Thursday, February 3, 2011
Pulau Pangkor (Day 1)
Salam Februari buat semua, sebulan sudah kita lalui tahun 2011. 2 minggu yg lalu saya bercuti bersama kawan-kawan ke Pulau yg agak famous di Malaysia ini. Kujungan saya kali ini adalah kunjungan kali ke 4.. namun saya masih rasa ingin ke sini lagi walaupun sekian kali saya ke sini.. banyak kenangan yg tak akan dapat saya lupakan.
Hari pertama kami mulakan perjalanan seawal 7.30 pagi dari Seri Kembangan menuju ke utara melalui Plus Highway. Berhenti bersarapan di hentian rehat Rawang dan kami sampai di Lumut hampir pukul 1 tengahari. Konvoi 2 buah kereta dan 8 orang dalam kumpulan. Tempat tinggal telahpun di tempah seawalnya.. Kunjungan kali ini adalah sangat jimat dan aktiviti selama 2 hari di sini adalah sangat terisi. Kami enjoy dan rasa seperti percutian 3 hari 2 malam. Kos seorang dalam RM 100 (tidak termasuk makanan) dan sangat berbaloi dgn apa yg kami dapat.
Hari pertama, sesampai di pulau kami terus check in di sebuah Guest House yg memuatkan kami berlapan. Mempunyai ruang yg selesa, 2 bilik tidur, hall dan satu bilik air. Sesuai utk dtg group atau berpasangan. Harga sangat murah dan pemiliknya sangat helpfull dan peramah.
Kami mulakan lawatan kami dgn makan tengahari memandangkan kami bersarapan agak awal, dan decide utk makan bila sampai di pulau. Bersantai sambil makan di tepi pantai.. mee hun sup & nasi ayam jadi menu kami tengahari itu. Sambil membincangkan aktiviti seterusnya. Aktiviti pertama mengelilingi pulau dgn konvoi motosikal sewa sambil melihat kawasan bersejarah sekitar pulau ini. Sewa motor sebuah adalah RM25 untuk sehari. 4 motor kami sewa dan kami mulakan perjalanan kami seawal 4 petang. Walaupun panas kami gagahi hasrat kami. Bila sekali pandang memang kami mcm mat rempit, terutama saya dan pembonceng saya yg menaiki motor Yamaha yg sangat kapcai gayanya. Naik bukitpun ala-ala siput lajunya. Apapun kami sangat enjoy.
Inilah adalah antara kawasan yg kami singgah dan lihat, di sekitar pulau ini:
1. Kota Belanda
2. Batu Bersurat
3. Pemandangan Sekitar Pulau
Oleh kerana motor kapcai yg saya bawa ala-ala uzur dimana tidak lalu memanjat bukit, saya terpaksa berpatah balik dan membiarkan kawan-kawan meneruskan perjalanan. Saya ada misi lain sedang telahpun di plan.. Namun begitu selepas pulang diorang menceritakan tempat yg kami tak lalui itu sangat cantik..
Seterusnya kami berkumpul semula di pantai dan menghabiskan petang itu mandi laut sepuas-puasnya. Sangat seronok masing-masing.. ada yg belajar mengapung diri.. ada juga yg ingin belajar berenang (saya la tu) yg akhirnya kehilangan cincin yg cinta hati saya beri.. Kehilangan sesuatu yg tak mungkin ada penggantinya.. Apapun terjadi kami teruskan mandi-manda, mana mungkin kami tak gembira dengan saat-saat bersama begini.. semoga persahabatan kami berkekalan sampai bila-bila.. kami mandi sehinggalah matahari terbenam dan masing-masing pulang dgn baju basah bersama dgn motor masing-masing..
Siap semuanya mandi kamipun keluar lagi jalan-jalan cari makan.. ke sana kesini kami berjalan akhirnya kami jumpa warung ikan bakar yg agak menarik dan byk pilihan dari gerai lain.. kami memilih menu ikan pari bakar.. sweet sour ikan daun baru, kerang & sotong bakar dan tak lupa sayur campur.. 8 orang yg kelaparan tentunya makan dgn berselera sekali...
Kami akhiri hari pertama di pulau dgn sambutan hari lahir kawan kami.. suprise.. ya ini adalah plan yg saya dan kwn2 buat dan semasa patah balik itu sbnrnya saya buat sesuatu utk birthday kwn saya ini.. hope this is the best birthday celebration ever... masing-masingpun telah keletihan.. kami semuanya beradu dgn keadaan yg amat bahagia sekali dan sebenarnya tidak sabar utk menunggu matahari terbit esoknya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment