Thursday, September 27, 2012

Salam Kembara

Salam kembara. Lama sudah saya tidak update blog ini. Ini bukan maksudnya saya tidak aktif meneruskan pengembaraan saya tetapi disebabkan pertukaran tempat kerja dan masa yg tidak mengizinkan membuatkan saya menyepi dari menulis. Jari jemari saya masih aktif menembak dan kaki saya  masih laju lagi kesana kemari. Photo di atas diambil pada bulan May'2012 di kolam ayer panas Trolak. Perjalanan terkini saya ke Sabah hujung bulan Julai tempoh hari, menginap di Kundasang dan Kota Kinabalu. InsyAllah nanti saya update. Selamat malam semua.



Thursday, April 5, 2012

Belon Panas Putrajaya 2012

 Dipengakhiran cuti sekolah bulan March baru ini, aku telah membawa adik-adik dan Emak ke Putrajaya, melihat belon panas yg telah sekian kalinya di buat. Baru kali ini aku berkesempatan melihat sendiri kecantikan belon panas ini. Tempat di Precint 2, Putrajaya di persekitaran tasik Putrajaya.

 
4th Putrajaya International Hot Air Ballon ini sebenarnya berlangsung dari 15 - 18 March 2012. Kami kesana pada hari Ahad iaitu hari terakhir dan hari penutup.(http://www.myballoonfiesta.com/index.html)

Di awal pagi kami telah bergegas ke sana. Kami sampai dalam jam 7.30 pagi dan ketika sampai orang telahpun sampai. Parkingpun sudah mula penuh, aku decide parking tepi jambatan je, tak kisahlah walau kena jalan jauh, senang nak balik nanti tak payah bersesak. Gigih kami ni dengan tak bersarapan pagi lagi kami terus ke padang tempat belon telahpun mula di isi gas. Semasa itu sudah 2-3 belon panas sudah naik ke udara.




Ratusan photographer ada disini, tujuan tiada lain mengabadikan gambar untuk simpanan gobok gambar dan simpanan peribadi. Sangat teruja dgn aktiviti ini, semoga tahun depan dapat join lagi utk melihat kelainan yg akan di bawa.

Tuesday, April 3, 2012

Cambodia Day 3, 4 & 5

Hari ke tiga hanya banyak kepada perjalanan pulang ke Phnom Phen. Selepas sarapan pagi di D'Wau muslim restoren, kami menunggu van yg akan menghantar kam ke hentian bas. Bas yg kami bertolak pasa jam 2ptg.
6 jam lagi duduk di dalam bas. Perjalanan yg agak panjang saya hanya habiskan mengelamun melihat pemandangan sekitar. Separuh perjalanan bas berhenti di sebuah restoren utk berhenti rehat. Macam2 gerai makanan kami lihat, ternampaklah jua kami makanan yg pernah di jumpai di Malaysia, belalang & lipas goreng.




Akhirnya kami sampai di Phnom Phen. Sampai dalam jam 7.30 sudahpun menjelang malam. Kami menetap di Bilabong Hotel. Agak selesa hotel dan berpatutan harganya.Seperti biasa masa makan sudah kelewatan dan kami ke satu restoran orang Islam di Phnom Phen ini. Asmak 81, makanan menarik yg kami cuba adalah daging masak khmer.

Selepas makan malam kami terus ke Night Market. Keadaannya agak berlainan dari pasa malam kita di Malaysia. Kelihatan agak meriah dgn pertandingan nyanyian dan jualan2. Gerai-gerai makanan nya agak berlaian dimana pembeli makan beralaskan tidak seperti mana kita makan di kampung bersila di atas tikar.
Setelah penat berjalan, kamipun pulang ke hotel merehatkan diri. Adalah yg terus balik ke bilik utk tidur dan ada yg tidak lepaskan peluang berendam di dalam kolam yg tiada masa tutupnya. 
Hari ke 4 pun hadir, satu hari yg penuh dgn aktiviti. Seawal 7pagi kami dah bersarapan di hotel. Van telahpun menanti utk membawa kami jalan-jalan Phnom Phen. Tempat lawatan kami yg pertama adalah Muzium Tuol Sleng (Penjara S-21). 



















Penjara S-21, dahulunya merupakan sekolah 4 bangunan yang digunakan sebagai penjara oleh rejim Pol Pot. Bangunan ini kemas terpelihara, namun ribuan kisah derita terpahat didalamnya.

Di sini, semua tawanan diseksa, dipasung dan dipaksa mengaku atas semua pertuduhan yang dihadapkan -  walaupun tuduhan itu tidak benar. Mudah cerita, sesiapa yang di tahan di sini penghujungnya adalah mati. Aku tak dapat Bayang kan betapa seksanya mangsa diperlakukan begitu oleh kader rejim Pol Pot.



Kami jadi sedih melihat kekejaman ini. Sehingga ada yg tidak sanggup lagi utk masuk melihat sel-sel seksaan, yg gelap dan menakutkan. Tawanan yg akan di hukum bunuh akan di bawa ke 300 lebih tanah-tanah pembunuhan (Killing Field) di sekitar Cambodia.

Seterusnya kami ke Memorial Cheung Ek ( The Killing Field), perjalanan sejauh 15km dari bandar Phnom Phen. 20 - 40 minit perjalan kamipun sampai. Perjalanan agak jauh pe pendalaman sesuai dgn nama tempat ini. Choeung Ek Genocidal Center mulanya adalah merupakan kaawasan pekuburan Cina.
 
Lubang2 kubur yg telah digali.
Tempat ini memiliki luas sekitar 2,5 hektar. Oleh rejim Khmer Rouge, selama mereka berkuasa iaitu dari 1976 hingga sekitar awal tahun 1979, tempat ini dijadikan tempat membunuh dan penguburan bagi ribuan korban. Sebagian besar yg terkorban tersebut berasal dari tahanan yang diangkut dari Penjara Rahsia S-21 Tuol Sleng. Sesampainya di tempat ini, para tahanan kemudian dibunuh dan dikuburkan.

Terdapat juga dua pokok besar yang jadi tumpuan. Satu pokok dijadikan tempat menghempas kepala kanak-kanak dan bayi manakala satu lagi pokok tempat menggantung pembesar suara yang memainkan muzik kuat. Ini bertujuan untuk menutup bunyi jeritan mangsa yang sedang diseksa / dibunuh.
Pokok digunakan utk menggantung speaker muzik
Pokok tempat menghempas/membunuh  bayi




























Di sana-sini ada bekas-bekas kaca mempamerkan tulang-tulang, pakaian serta gigi mangsa yang telah digali.Satu menara setinggi 17 tingkat telah di bina di antara pintu masuk dan padang, menempatkan tulang belulang mangsa dan cebisan pakaian.
 
Kesimpulannya, sesiapa yg ingin ke Cambodia wajib pergi ke kedua tempat ini. Di sinilah boleh kita lihat kekejaman manusia yg tak berakal sanggup membunuh manusia yg tak bersalah tanpa belas kasihan.


Kami kembali ke pekan Phnom Phen utk berhenti makan. Pilihan makan kami sekali lagi di D'Wau Phnom Phen. Selepas itu kami ke Russian Market untuk membeli cenderahati utk di bawa pulang ke Malaysia. Ada yg memborong kain, beg, dan macam-macam barang perhiasan.














Kain2 di sini sangat murah namun utk barang cenderahati lebih murah di Seam Reap. Dari 2.30 petang sehinggalah 5.30 petang kami bershopping di sini.





Akhirnya kami menyusuri Sg Mekong, dan berhenti melihat Royal Palace, National Museum dan pemandangan sekitar Sg Mekong.
 
Kami duduk di tepi sungai, melihat pemandangan dan gelagat orang Cambodia, kanak-kanak, peniaga2 wanita menatang makanan sambil memegang anak, para rahib sedang duduk berehat.Cantik pemandangan di muara sungai Mekong ini, dan dalam hati berkata, sudah sampai ke hujungnya pengembaraan kami kali ini. Ini malam terakhir dan kami memilih makan malam di Asmak 81, selepas makan malam kami jalan di supermarket berdekatan hotel, meriah juga keadaan di sini.



Hari Ke-5, selepas makan pagi, ada yg decide utk melakukan shopping terakir ke Cm sebelum kami berangkat pulang. Akhirnya sampai masa utk kami pulang ke tanah air. Sampai di Airport Cambodia dalam jam 2.30 petang. Tinggallah Cambodia yg penuh cerita suka dan dukannya. Ini menjadi satu kenangan buat kami semua.



















Wajah anak-anak orang Kemboja

Semoga kami dapat lagi kesana.. kali ini kalau boleh ingin mendalami kemiskinan org Islam di bumi kemboja ini. Jika di banding dgn kehidupan orang di Malaysia, bumi kemboja sangat kering dan penduduk masih ketinggalan jauh dan di belenggu kemiskinan. Bersyukur kita di lahirkan di bumi Malaysia ini.

Friday, March 23, 2012

Cambodia - Day 2

Hari Ke - 2

Seawal subuh kami telah bangun, ada yg telah awal lagi turun untuk melihat orang di sana membuat roti. Awal sungguh orang Kemboja di sini mula bekerja. Rakan-rakan memilih roti kosong sahaja untuk di beli dan menjadi bekalan kami ke Angkor Wat nanti.

Agak jauh juga perjalanan kami ke Angkor Wat, dalam 30 - 40 minit kami telahpun sampai. Keadaan di sana masih gelap. Ketika kami sampai telah ramaipun org sampai dan sudah tentunya mempunyai matlamat yg sama dgn kami untuk meliha matahari terbit di Angkor Wat. Saya sangat kagum di dalam kegelapan sempat lagi lelaki Kemboja ini memula perniagaan menjual buku2 bersangkutan dgn Cambodia & Angkor Wat.


Semua orang mula berkumpul di hadapan sebuah tasik berhadapan dgn Angkor Wat dimana dijangkakan matahari akan terbit di belakang Angkor Wat ini. Bagi photographer inilah masa yg di nantikan. Memang cantik ciptaan Allah tiada tolok bandingnya. 

Mataharipun sudah mula naik, dan kami masing-masing sudah kelaparan. Perut masing-masing telah di minta utk di isi. Di bawah pohon yg rendang dan disuatu gerai yg kecil kami sarapan pagi berbekalkan roti yg dibeli tadi dan bekalan roti yg di bawa dari Malaysia bersama kopi kemboja. Bagi yg tak tahan nyamuk di sana agak banyak nyamuk sampaikan kopi yg di hidangkan bersama nyamuk, ha ha kopi nyamuk kami panggil. Saya kagum bila melihat kanak2 kecil ; remaja perempuan berniaga menjual barangan cenderahati. Cekalnya hati mereka mencari rezeki. Diwajah mereka nampak kedaifan yg bikin hati saya jadi sayu.
Dah kenyang perut kami teruskan usahakan kami menerokai Angkor Wat. Mengamati dari luar tidaklah dapat kita lihat apa isi dalamnya. Mengikut pengamatan saya  
Angkor Wat (Seven Wonders' of the world")
Angkor bermakna "capital city" atau " Holy City" bagi masyarakat Kemboja. Mengikut bahasa sanskrit bermaksud "Negara/bandar". Khmer" merujuk kepada masyarakat etnik di Kemboja. "Angkor" telah digunakan oleh Kerajaan Khmer (angkor) sebagai Ibu Kota (Capital city) bagi Empayar Angkor antara abad ke-9-12. Sumbangan paling besar bagi Raja Angkor ialah pembinaan sistem pengairan untuk pertanian padi dan pembinaan Temple yang tersegam, indah dan megah.
 
Terdapat banyak Angkor dalam kota ini sebenarnya. Angkor Wat adalah yg terbesar. Diantara Angkor lain yg kami lawati adalah Angkor Tom &; Bayon menjelang tengahari kami telah kembali ke bandar  dan terus menuju ke Kg Budaya
 




Gambar2 ketika melawat ke tiga2 Angkor. Ada yg berniaga, bermain alat muzik etc. Pokok besar tumbuh dari dalam Angkor




Cultural Village (Kg Budaya) 

Di pintu masuk terdapat dewan untuk di lawati di mana disini di tunjukkan gambar & replika budaya orang Kemboja dan sebagainya. Kg Budaya orang Kemboja ini adalah lebih kurang sama dgn Kg Budaya yg ada di Malaysia ini, tetapi saiz adalah agak besar dan keadaannya lebih teratur. Di sini ditunjukkan beberapa contoh rumah contoh mengikut budaya dan kaum (Cina, Melayu Champa, Khmer), di setiap rumah di selitkan dgn tarian (tarian Cina, Tarian Merak & budaya/majlis perkahwinan mengikut budaya masing-masing. Ini di antara gambar2 yg sempat di ambil di sekitar Kg Budaya Kemboja ini.

1. Replika Kg Terapung di Tonle Seap
2. Rumah Khmer
3. Replika of Central Market dan banyak lagi


 4. Perkampungan2 mengikut bangsa
 

Setelah selesai lawatan kami pulang berehat sementara menunggu malam hari utk lawatan kami seterusnya utk melihat tarian Apsara/tarian Khmer Klassik yg menjadi budaya turun menurun orang Kemboja. (Sila ke entry sebelum ni utk cerita tentang Tarian Apsara). Kami ke Koulen Restaurant, Siam Reap pada jam 7.20 malam dgn tiket $6 seorang. Oleh kerana restoren ini tidak menyediakan makanan halal, kami bersetuju hanya membayar hanya utk tiket Apsara dance. Selepas itu kami ke Kfc Seam Reap utk makan.

Oleh kerana malam ini adalah malam terakhir kami berada di Seam Reap, kami tidak terus balik ke hotel. Kami mengambil peluang ini utk terus ke Night Market untuk mencari cenderahati. Orang Seam Reap sangat bai hati dan sangat lemah lembut. Kadang-kadang rasa tak sampai hati utk menurunkan harga. Akhirnya berhelai-helai t shirt, kain dan cenderehati kami dapat beli dgn harga yg sangat murah. Jika anda ingin mencari barang utk di bawa pulang ke tanah akr belilah di Seam Reap kerana di sini sangat murah berbanding barang di tempat lain. Kami akhiri jalan-jalan kami malam ini dgn urutan kaki oleh gadis kemboja $2 untuk 15 min berpatutan dan berbaloi utk kaki setelah penat berjalan sepanjang hari.

Berakhir hari ke 2,kami melangkah longlai balai ke hotel.. rasa nak bawa pulang gadis kemboja tadi utk terus mengurut kaki yg sakit ni

(to be continue...)