Saturday, October 30, 2010

~Nature Park (Tmn Alam)~

Salam kembara..
Pengembaraan saya sambung di Tmn Alam, masih di dalam daerah Kuala Selangor. Bersebelahan dengan Bkt Melawati.

Tmn Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Tmn ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.

Tmn Alam berkonsepkan Taman Burung, dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.

Gambar ini adalah jalan yg saya lalui.. Penuh dgn pokok yg bermacam jenis. Seperti satu laluan yg sangat cantik..



Semasa saya perjalanan saya berjumpa seekor burung bangau. Selain itu burung belatuk, burung helang dan berbagai-bagai lagi jenis burung yg tidak saya kenali. Ada beberapa pondok tinjau yg berada disini untuk tujuan melihat burung-burung ini.



Dari jauh kelihatan rumah api di Bkt Melawati.


Saya amat tertarik dengan sepasang burung helang yg sedang terbang sambil memanggil (menyahut) antara satu sama lain. Sangat suka saat ini, walaupun lense saya utk jarak dekat namun saya berjaya mengabadikan gambar seekor daripada helang tersebut.





Terdapat satu jambatan/laluan panjang di sepanjang hutan paya bakau yg di buat khas untuk melihat hidupan yg berada disekitar paya bakau ini. Selain dari pohon bakau yg tumbuh subur di sini, terdapat hidupan lain seperti belacak, ketam & siput.





Saya bertuah kerana ketika saya melalui kawasan ini, air kering dan saya dapat lihat hidupan tersebut merangkak dan menjalar di sekitar kawasan paya bakau tersebut.Kagum dengan ciptan Tuhan.



Tmn Alam adalah simbolik dengan alam sekitar dan yg pastinya banyaklah pohon-pohon hijau yg hidup merimbun. Ada pokok yg saya kenal seperti pokok mengkudu, senduduk namun ada juga yg saya tidak arif tentang pokok-pokok ini.



Inilah di antara gambar yg sempat saya rakamkan. Banyak sebenarnya mungkin di laian kesempatan saya kongsi bersama.





Bersebelahan Tmn Alam ini terletak Kolam Ikan air tawar tetapi ketika saya di sini kolam air tawar itu tutup, mungkin kerana hari biasa tiada dan tidak ramai pengunjung. Selain dari tempat yg saya kunjungi ini anda bolehlah ke Kg Kuantan yg terkenal dgn himpunan kelip-kelipnya. Tempat ini dibuka pada malam hari sahaja. Begitulah perjalanan saya berakhir di Kuala Selangor. Pengembaraan masih di teruskan ke Shah Alam, selepas kecewa mencari Kg Nelayan.

Tuesday, October 26, 2010

~Bukit Melawati~

Salam kembara dari saya.. perjalanan saya kali ini adalah sekitar negeri Selangor & Kuala Lumpur. Mempergunakan 3 hari masa percutian kali ini, banyak juga tempat yg saya sempat singgah. Hari pertama saya ke Kuala Selangor, bandar di muara sungai Selangor yg menjadi jajahan takluk Belanda dulunya. Saya pernah ke sana lebih 10 tahun dulu ketika membuat kajian tapak untuk kursus yg saya ambil masa itu.

Pembangunan kian rancak di sini, namun tinggalan sejarah masih di pelihara. Oleh kerana saya memulakan perjalanan agak lambat, maka ketika saya sampai matahari sudah ada di atas kepala. Hanya mengambil masa setengah jam dari kediaman saya dan jika dari KL lebih kurang sejam perjalanan. Tempat pertama yg saya singgah adalah di Bukit Melawati atau di panggil Bukit Selangor.

Saya kongsi gambar-gambar yg sempat saya ambil ketika beberapa jam berada di atas Bukit melawati :

1. Altingsburg Lighthouse (Rumah Api)- sesuai kedudukannya di atas bukit meninjau kehadiran musuh dari laut.



2. Tinggalan Meriam Belanda
Terdapat banyak meriam-meriam replika diatas bukit dan di sekitar kota melawati ini.


3. Makam Diraja
Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.



4. Batu Hampar
Kata orang dulu-dulu, batu hampar ini adalah tempat orang memancung kepala pesalah.



Permandangan dari atas bukit, kelihatan laut yg menghadap Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Lense saya tidak bisa memfokus lebih jauh.(maaf atas kualiti gambar yg kurang menarik)



Lotong adalah menjadi penghuni tetap di Bukit Melawati ini. Ada beberapa lelaki India menjual makanan untuk lotong-lotong ini.. ketika saya di sini beberapa orang pelancong asing sedang asyik memberi makanan kpd lotong-lotong itu. Lotong lain dari monyet/kera, ada jambul..



Begitulah serba sedikit cerita perjalanan saya di Bkt Melawati.. selepas penat saya menekan shutter saya berhenti makan nasi lemak yg saya masak dan air sarsapila yg buat dahaga saya yg tadi itu hilang.. tunggu celoteh saya, sebab perjalanan saya di Kuala Selangor belum selesai lagi.. berhenti rehat seketika ...

Friday, October 22, 2010

The Garden



Bila dengar nama mcm taman dalam bandar.. tetapi ia rupanya adalah sebuah bangunan yg tersergam indah di tepi federal highway bersebelahan dgn bangunan Midvalley di tengah-tengah Lembah Kelang. Pasti anda semuapun pernah ke sini dan ia ibarat nadi utama menghubungkan antara Bangsar, Petaling Jaya & Kuala Lumpur. Bangunan inii di bina selepas Midvalley Megamall, merupakan fasa ke dua pembinaan MidValley City. Dibina pada 28 September 2007.



Terdapat jambatan dan inner road/tunnel yang menghubungkan dua bangunan ini dan pelbagai kedai/super store berada di sini. Standart cost shoppimg ala-ala KLCC, boleh tahan. Untuk mereka yg sangat suka mencuci mata mengisi masa window shopping dan mencari gadjet terbaru macam HP, Kamera & komputer, boleh lah datang ke sini. Dari Midvalley Megamall anda boleh teruskan bershopping di dalam The Garden.



Penat.. perlu tempat bersantai.. duduk rehat sabil minum coffee di Dome, Coffee Bean atau Starbuck sambil melihat air pancut di antara dua bangunan ini. Siang hari nampak biasa namun bila malam ia di hiasi lampu pelbagai warna bersilih ganti. Asyik melihat.





Saya juga pernah duduk sambil duduk lihat air pancuran ini sambil merenung masa depan. Meneliti masalah yg di hadapi dan menenangkan fikiran. Setelah sehari suntuk penat bekerja.



Begitulah kehidupan kita seharian. Sibuk dengan beban kerja yang ada. Mencari ketengana selepas itu menghabiskan masa di pusat-pusat membeli belah. Ada yg menghabiskan masa melayari internet di cafe2 sepanjang bangunan ini. Ada yg mengambil peluang duduk sambil menghiburkan diri melihat movie.. kebanyakan anak kota menghabiskan sisa-sisa hari yg masih ada. sehinggalah esok hari mula kembali bekerja tak henti-henti.



Sampai bila kita tahan dengan hiruk pikuk kota yg tak berkesudahan. Pencemaran yg makin menyesak dada.. sana sini asap.. bau busuk asap rokok.. adakala kita perlu lari dari kota.. mencari kedamaian alam.. melihat alam desa.. dan ikutlah yg akan buat selepas ini dan seterusnya pada cuti-cuti saya yg masih berbaki..

Sekian..Jumpa dilain kesempatan..