Salam hari minggu, seperti yg di janjikan saya kembali utk mengupdate cerita percutian saya selepas ke Kuala Kangsar. Sesampai di Kedah, selepas habis lelah dan penat semalam memandu dari Kl, kami ke Sunway City Complex di seberang Jaya hari Sabtu itu, selepas maka tengahari di kedai makan tempat mak cik aku kerja. Fuyooo ayam panggang percik dan kuah asam pedas amat menyelerakan sekali. walaupun jam baru menunjukkan pukul 1 pm, lauk semuanya sudah habis.. memang rezeki aku ada lagi hanya ayam percik yg tinggal, mak cik keluarkan pada kami semangkuk udang Masak pedas dgn petai.. aduhh lagi terliur aku di buatnya.. memang puas hati hinggakan aku terlupa nak snap gambar makanan disebabkan tahap kelaparan aku yg melampau.
Aku bawa sekali adik2 sepupu yg kebetulan cuti sekolah. kami sampai ke Sunway Carnival dah petang, dan tak banyak aktiviti yg boleh di buat di shopping complex, melainkan membawa mereka ke tempat permainan. Nak tengok wayang, semua tiketpun dah habis.. selain tu kami window shopping. Penat berwindow shopping kami bawa anak2 riang ini ke kfc..mereka makan dgn girang sekali dan akhirnya kami pulang kerumah. Habis satu hari timbul pula hari Ahad.
Pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah bangun. Aku berpesan pada mereka semalam utk siap awal kerana aku plan nak bawa mereka pusing-pusing Penang Island hari ni.. Kami mulakan perjalanan tepat pukul 9 pagi, selepas sarapan di rumah, aku decide melalui Jambatan Pulau Penang, balik nanti barulah kami naik Feri. Destinasi pertama yg kami pergi adalah ke Bkt Bendera. Aku memandu berdasarkan papan tanda dan peta yg kami bawa utk mencari destinasi-destinasi yg menarik.
Sesampai Di Bkt Bendera, alangkah terkejutnya kami, rupanya Bukit Bendera tutup utk renovation. Setahun lagi baru siap khabarnya, kalau aku tak ke sini maknanya kau tak tahu berita ini. Walau bagaimanapun orang ramai masih boleh ke Bkt Bendera melalui Jalan lain, dgn menaiki 4WD (Four Wheel Drive), satu kepala RM 70 Dewasa dan kanak2 RM 20. Memang agak mahal so kami decide ke destinasi lain. Tunggulah 1 tahun lagi ada umur kami ke sana lagi.
Destinasi ke dua, kami ke Tmn Botani, Penang. Disini berbagai-bagai jenis pokok boleh di dapati. Masuk ke sini adalah percuma. Bagi yg rajin dan suka adventure boleh berjalan kaki mengelilingi taman, bagi kami lebih senang naik keretapi dan duduk menikmati keindahan pokok-pokok yg hidup menghijau.
Aku amat tertarik dgn satu pokok yg mana akarnya tumbuh di atas batang bukan di bawah tanah. Dari akar-akar tersebut keluar buah dan bunga yg sgt menarik seperti gambar di bawah :
.
Selain dari itu banyak lagi pokok-pokok yg unik dalam Tmn Botani ini, selain itu banyak juga bunga-bunga yg jarang di lihat di jual. Di akhir perjalan di sini kami singgah di satu kedai Anggerik/Orkid & Kaktus.. mcm-mcm pokok taman ada di jual dgn harga yg agak mahal.
Cuaca amat baik hari ini. Panas terik yg bisa buat kulit kami masak. Kami singgah di Gurney Plaza.. lari dari panas terik. Habis Gurney Mall kami pusing, perut sudah berbunyi minta di isi. Kami ke Chicken Rice Shop utk makan. hmm sekali lagi x sempat nak snap gambar.. sebab terlalu teruja makan. Bila perut sudah kenyang, hatipun senang utk meneruskan perjalan.
Destinasi seterusnya kami ke Butterfly Farm, Teluk Bahang. banyak sekali rama-rama dalam Farm ni. dari pada keopompong, ulat beluncas sehinggalah menjadi rama-rama ada di pamerkan didini. Sejarah kewujudan rama-rama juga ada di pamerkan di sudut-sudut pameran dan juga audio visual tentang rama-rama.
Jika ada rama-rama maka tentu adalah bunga-bunga. Dan bermacam-macam jenis serangga juga ada di pamerkan di sini. Nak masuk kena bayar RM10 Dewasa dan Kanan2 RM5
Sedang aku sibuk mengambil gambar, adalah satu rama-rama ni admirer kat aku. Rama-rama Hitam Biru.. akhirnya dapat juga aku snap gambar ketika dia hinggap di tangan aku. Nice, this buterfly so awesome.
Kami sempat singgah di Tmn Rimba, Penang. Disini kami hanya melihat dan kami tidak plan utk ke sini. Oleh kerana bersebelahan sgn Buterfly farm kamipun singgah dan melihat-lihat apa yg menarik. Dalam ni ada home stay bagi yg nak menginap, ada sungai dan air terjun. Malangnya kami tak bawa barang mandipun. Seblum balik kami sempat beli seluar mandi utk 2 orang sepupu-pupu kami yg masih kecil yg nak sangat mandi laut.
Destinasi akhir kami adalah ke pantai Batu Feringgi. sepanjang jalan utk pulang kami akan menyusuri pantai Batu Feringgi di sepanjang jalan, memang amat menarik dan menenangkan minda. Petang ini amat panas sekali, walaupun jam menunjukkan pukul 6pm, matahari masih terik. Kami biarkan budak-budak kecil itu mandi-manda. Kami yg dewasa ni dok bersembang di tepi pantai dan aku membaca novel sambil menikmati udara petang di tepi pantai batu Feringgi.
Di sepanjang pantai, masih ramai yg mandi manda, beraktiviti kayak, banana bot, berjet ski dan ada juga yg menaiki payung terjun yg ditarik dgn bot laju. Memang seronok. Dan memang aku teringin tetapi perjalan kali ini tidak bersedia utk melakukan aktiviti pantai. Ada juga aktiviti menaiki kuda menyusuri pantai, RM 15 - 20 seorang.
2 sepupu kami ni agak interested untuk menaiki kuda. Pada mulanya kami tak berminat sebab agak mahal, sehinggalah harga turun kepada RM10 utk 2 kanak2. Memang diskaun habis.. merasalah diorang menaiki kuda yg gagah perkasa berna POWER ni.
Dari dulu aku memang gemar duduk di tepi pantai. Selain menenangkan fikiran, aku tahu yg hidup kita ini kadangkala perlukan kedamaian dan lari dari kesibukan kota. Mungkin sekali-sekala setelah sibuk dgn kerja, kita rehatkan tubuh badan kita gn bercuti. Sebenarnya rasa tak puas mengelilingi Penang dalam masa sehari, rasanya byk lagi tempat yg kami tak dapat pergi. Mungkin di lain waktu dan jika di panjangkan umur aku pasti sampai lagi ke Pulau Mutiara ini.
~Kembara sepi seorang insan yg kagum dengan ciptaan-Nya, Alam - udara, air & bumi. Amat menghargai kehijauan alam semesta yang tiada galang gantinya~
Friday, April 30, 2010
Saturday, April 24, 2010
Cuti2 M'sia - Kuala Kangsar
Percutian aku kali ini agak panjang. 2 hari di hospital, tambah sehari mc sebabkan infection pada luka tu.. seterusnya bercuti seminggu. Maksudnya aku meninggalkan meja ofis ni selama 10 hari. Selepas aku rasa sihat, aku mulakan perjalanan aku seawal pagi ke utara.
Destinasi pertama yg aku singgah, adalah di bandar diraja Kuala Kangsar. Sebenarnya kali terakhir aku menjejakkan kaki ke bandar ini pada 18 tahun yg lalu.. aku ke sinipun kerana lawatan sambil belajar aku ke bandar ini untuk kertas kerja Siar kaki & mercu tanda. Aku ingat lagi.. lama zaman aku masih belajar di ITM lagi.
Memang banyak perubahan dan bandar ini semakin maju. Kalau dulu gerai-gerai makan dan cenderahati kecil hanya ditepi-tepi jalan sahaja.. tapi sekarang ni gerai2 telahpun menjadi kedai-kedai telah dibuat semula oleh Majlis Daerah Kuala Kangsar. Bayangkanlah nak makan Laksa Kuala Kangsar ada kompleks Laksa & Cendol tersendiri. Dalam kompleks ini semua gerai menjual laksa/ABC & Cendol.. Pilih sahaja mana yg berkenan. Memang aku ke sini mencari laksa Kuala dan Labu Sayong. Sesampai sahaja aku terus masuk ke kompleks ini dan makan laksa. Minum Cendol dan menghilangkan kepanasan dek terik mentari.. Maklumlah waktu aku samapai matahari tegak di atas kepala.
+
Sudah sahaja makan aku terus ke kedai-kedai cenderahati, mencari labu sayong. Banyak dan murah jika di bandingkan dgn harga di KL. Selain Labu utk diri sendiri, aku ambil juga utk cenderahati utk Emak dan kwn2. Sebatang tongkat rotan untuk Opah di kampung. Inilah dia Labu Sayong yg aku beli utk di letak di meja ofis :
Setelah dapat apa yg diingini, aku teruskan perjalanan ke rumah keluarga angkatku di Kedah. Perjalanan yg panas membuatkan kepala aku agak pusing. Namun bila sampai je di Kedah, bumi di basahi hujan.. Akhirnya setelah 3 jam perjalanan sampai jua aku di bumi Kedah.
SEJARAH KUALA KANGSAR :
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Istana Iskandariah, Bkt Chandan, Kuala Kangsar
Itu kisah hari pertama aku di utara. Kisah perjalanan akan di sambung ceritanya..
Tuesday, April 6, 2010
Jalan-jalan ke Ict
Kami telah ke Klang utk makan seafood beramai-ramai. Sepatutnya ada 9 orang tetapi hanya 7 yg dapat hadir. Setelah berjanji.. menjemput seseorang di rumah, satu di petronas dan satu lagi di shell, akhirnya kami dapat berkumpul.. walaupun sebelum itu kesesatan jalan.. ha ha.. janji kul 8.30 pm akhirnya sampai di tempat kejadian sejam lewatnya.. sesampai di sana terus kami order makanan kerana masing-masing sudah kebuluran.. 3 jenis ikan pari & kembung bakar, siakap 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, kangkung goreng, udang goreng tepung, & sotong masak pedas.. banyaknya kan sampai tak cukup meja..
Perut masa tu memang dah menyanyi keroncong.. terlalu lapar.. apalagi sesampai je makanan semua terus serbu, hingga aku lupa mengambil gambar utk di muatkan dalam blog ni.. dah habis makan baru aku teringat tapi ikanpun dah tinggal tulang.. at last tinggal aku menghabiskan seekor kembung bakar.. yg lain dah surender.. makan memang pulun malam ni.. huishh sedapnya tak terkira.. habis makan kami duk bersembang lah pasal isu-isu semasa - bola (ada 2 org penyokong MU) yg mana x tahu pasal bola tu dok diam je.. akulah orgnya.. ha ha.. lepas isu bola timbul pasa isu dadah.. dan ada pulak yg minat pada law tetiba dan interested nak belajar katanya.. hurm mcm tulah kawan2 aku yg kuat celotehnya...
Akhir dalam kul 11pm kami pun berpecah balik ke rumah masing-masing, tapi kami yg sekereta dgn aku yg patut aku hantar pulang.. tapi melencong ke ICT sebab Cik N ni x pernah ke situ.. aku ni dah masuk 2 kali ke sini.. lelah rasa menaiki bukit.. namun keletihan itu hilang bila lihat lampu2 yg berwarna warni.. indah.. tapi telah ada lampu-lampu yg rosak...
Setelah habis ICT di terokai.. kami berasa haus dan kepanasan.. decide ke kedai mamak utk minum.. bersembang hinggalah habis air yg di order.. dan akhirnya aku menghantar pulang rakan2 yg ada ke rumah masing-masing. Begitulah berakhir malam ahad aku bersama rakan-rakan..
Perut masa tu memang dah menyanyi keroncong.. terlalu lapar.. apalagi sesampai je makanan semua terus serbu, hingga aku lupa mengambil gambar utk di muatkan dalam blog ni.. dah habis makan baru aku teringat tapi ikanpun dah tinggal tulang.. at last tinggal aku menghabiskan seekor kembung bakar.. yg lain dah surender.. makan memang pulun malam ni.. huishh sedapnya tak terkira.. habis makan kami duk bersembang lah pasal isu-isu semasa - bola (ada 2 org penyokong MU) yg mana x tahu pasal bola tu dok diam je.. akulah orgnya.. ha ha.. lepas isu bola timbul pasa isu dadah.. dan ada pulak yg minat pada law tetiba dan interested nak belajar katanya.. hurm mcm tulah kawan2 aku yg kuat celotehnya...
Akhir dalam kul 11pm kami pun berpecah balik ke rumah masing-masing, tapi kami yg sekereta dgn aku yg patut aku hantar pulang.. tapi melencong ke ICT sebab Cik N ni x pernah ke situ.. aku ni dah masuk 2 kali ke sini.. lelah rasa menaiki bukit.. namun keletihan itu hilang bila lihat lampu2 yg berwarna warni.. indah.. tapi telah ada lampu-lampu yg rosak...
Setelah habis ICT di terokai.. kami berasa haus dan kepanasan.. decide ke kedai mamak utk minum.. bersembang hinggalah habis air yg di order.. dan akhirnya aku menghantar pulang rakan2 yg ada ke rumah masing-masing. Begitulah berakhir malam ahad aku bersama rakan-rakan..
Subscribe to:
Posts (Atom)