Thursday, January 28, 2010

Sawah Menghijau

Tiada yg aku dapat buat jika diri sudah mula bosan dan stress dgn kerja. Aku akan menulis, menggarap idea melalui penulisan... berehatkan minda dari berfikir dan tanganku aku berhentikan dari melukis... sekadar mengambil masa berehat.. Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku ke daerah Kuala Kurau di mana aku menghadiri satu majlis perkahwinan yg di undang oleh Keluarga angkat aku disana.



Aku mulakan perjalanan kalau tak silap aku pada satu weekend di bulan December 2009. Dah agak basi cerita ni sebenarnya.. tapi aku kongsi jugalah bersama.. aku memang suka memandu.. dan aku memang suka menikmati keindahan alam.. tapi kadang-kala bila sudah habis lagu pada cd yg di dengar aku mula rasa bosan memandu.. aku saja nak test selaju mana kereta yg aku pandu... nak boleh mencapai 140km/j walaupun kereta ni dah lama tak service.. aku x pernah bawa keta sampai selaju ini.. inilah pertama kali dalam hidup aku...



Kalau siapa yg kampung halamannya di Utara maka akan selalulah melalui terowong ini.. banyak cerita di sebalik jalan dan bukit di sini.. seperti yg selalu dengar di muka depan akhbar.. kemalangan selalu terjadi di sini.. so ingatlah orang yg tersayang yea kalau nak tekan pedal...



Akhirnya.. aku sampai jua ke destinasi.. disebabkan perjalanan di waktu tengahari..mata aku berpinar-pinar kepanasan.. Apa yg aku sangat kagum adalah keindahan sawah bendang yg terbentang luas.. sesejuk mata memandang.. hilang segala kepenatan..sehijau daunan ciptaan-Nya.... aku bersyukur, masih dapat melihat keindahan ini...



Kebetulan semasa aku sampai disini padinya masih belum masak.. memang padi yg masih hijau, bau dedaunnya buat aku terleka dgn permandangan.. hilang rasa terik matahari yg menerjah pada kulit muka... Gambar ini aku ambil sebelum aku bertolak balik ke KL. Sedang aku ronda-ronda sawah bendang ni aku ternampak orang memancing.. diorang memancing di tepi parit yg orang sana panggil terusan... jiran sebelah rumah keluarga angkat aku... apa lagi akupun join sekaki.. akupun punya minat memancing dari kecil.. abah aku dulu memang kaki pancing.. tiada kawan akulah yg dijadikan teman.. sehingga sekarang aku masih memancing.. pantang dapat balik kampung aku pasti ke parit berdekatan.. memancing.

Inilah tangkapan yg kami dapat selama 15 minit, ikan yg hidup di sawah bendang.. tak lainlah.. ikan puyu & haruan.. walaupun sekejap.. lepas jugalah gian nak memancing.. sebelum balik, sempat berazam akan pulang lagi ke Kuala kurau.. untuk memancing.. Bila?.. emmm itu kenalah tengok budjetkan..



Begitulah hujung tahun aku.. dimana waktu cuti sekolah.. seluruh negeri ada kenduri kendara.. dan masa inilah ramai yg bujang menjadi suami/isteri.. hakikatnya.. kehidupan kita bak pohonan dan udara.. tiada keindahan dan serinya lagi bila tiada lagi udara di dunia ini.. dapatkah pokok meneruskan hidup ???... seharusnya lah tidak.. sampai jumpa lagi di peluang yg ada...

No comments:

Post a Comment