Blog ini dicipta untuk berkongsi apa sahaja yg aku lalui selepas 34 tahun di lalui.. semenjak aku habis belajar sehinggalah aku ada kerjaya sekarang, kehidupan aku banyak merantau di Negeri & di Negara orang. Aku amat gemar menikmati anugerah yg Allah beriini, keindahan, keunikan alam dan kadang kala sempat aku adaptasi dgn mengambil foto, namun aku tidak berkongsi apa yg aku lalui sebelum ini.. jadi aku ingin pengalaman dan keseronokan aku menikmati keindahan alam ini bersama dan aku ingin adaptasi dgn tulisan aku di dalam blog ini.
Aku attach foto dimana aku pernah berada dalam situasi tersebut, berada dlm keindahan alam yg Maha kuasa mencipta untuk hambaNya, bersyukur dan menghargai pemberianNya. Foto-foto ini diambil dalam masa 4 tahun kebelakangan ini, di mana aku mula melangkah kaki keluar dari bumi Malaysia.. dari situ minat aku bertambah kepada menjelajah Negeri & Negara orang lain.. Biarpun aku banyak merantau namun hanya sekitar Klang Valley.. Ada masa nanti aku kongsi pengalaman aku semasa belajar dulu.. sejak aku mengambil kursus di Ipt, kursus tersebut banyak mengajar aku erti menikmati keindahan alam dan minat aku terpahat hinggalah ke hari ini. Mengembara sambil menghargai Anugerah-Nya.
Tahun lepas aku sempat ke 2 destinasi yg agak jauh dari semenanjung. Satu destinasi menaiki kapal ke Pulau Phuket, Thailand yg seumur hidup aku mungkin ini pertama dan terakhir. Kalau tak disebab anjuran syarikat tempat aku bekerja, rasanya aku tak mampu nak pergi. Destinasi kedua juga menaiki kapal tetapi kapal terbanglah.. Kuching.
1. Phuket Island (March 2009)
Menaiki Star Cruise Virgo, dari Kl menaiki bas sehingga ke Harbour View, Singapura.. Perjalanan Star Cruise dari Singapore - Penang - Phuket
Mengelilingi Phuket menaiki Tut Tut (lori kecil yg ala-ala teksi), dalam perjalanan nampak gajah di tambat di tepi-tepi jalan, macam kita di Malaysia, lembu di tambat di tepi2 jalan. Gambar senja yg indah itu di ambil ketika aku sedang menikmati makan malam di atas kapal. Malam berlabuh, kapal pula menyusuri laut.. dalam perjalanan ke pulau Phuket.. Indahnya Alam.. Bila agaknya dapat aku lalui semula keadaan ini.. Wallahu Alam..
2. Kuching, Sarawak (April 2009)
Bersama kawan-kawan seperjuangan. Trip ni diperbincangkan lama.. kalau tak silap aku di akhir tahun 2008. April kata persetujuan di capai, masa yg sesuai utk bercuti sebab lepas cuti sekolah.
Berpeluang menaiki perahu ke seberang sungai Sarawak, membeli Kek Lapis Sarawak dan mcm2 barang kraftangan dari Kuching.. apa yg pasti Muzium Kucing sure kena pergi, tapi malang bateri kamera masa tu habis so tak dapatlah aku snap segala sejarah Kucing.. Seronok.. Hari ke dua ke Kg Warisan.. aku berkesempatan melihat Gunung Santubong & Gunung sejinjang sebab Kg Warisan berada di kaki gunung tersebut.. taksub dgn tradisi orang Sarawak... hari ke tiga.. kami dah bertolak balik.. rasa tak puas berjalan di bumi Sarawak.. InsyAllah ada peluang aku pasti pergi lagi.. teringat Umai ketika makan besar kat tempat terkenal seafood di Kuching...dan banyak lagi tempat yang aku belum habis jelajahi di Sarawak ni.
No comments:
Post a Comment