Cuti hari raya cina tahun ini jatuh pada bulan Januari, saya guna kesempatan ini utk berehat di kampung halaman. Berehat bersama family. Lama rasanya tidak duduk lama di kampung halaman yg hijau, sejuk dan menghirup udara segar. Rasa aman damai di sini walaupun ada perubahan di rasakan. Memang tidak boleh di bandingkan sewaktu aku kecil.. kampung inilah tempat aku membesar dan mengenal erti kehidupan.
Satu hari aku terasa ingin sangat utk mandi sungai.. cuaca panas ini membuatkan rasa ingin itu bergejolak. Kali ini aku pilih kawasan yg berhampiran sahaja dari rumah. Seawal pagi emak sudah menyediakan makanan utk di bawa ke sungai nanti. Sg Bil namanya tidak asing bagi penduduk di Perak. Perjalanan dari Pekan Tg Malim hanya mengambil masa 45 minit tapi dari kampung aku hanya mengambil masa 20 - 30 minit. Sampai di pintu masuk akan ada org kutip RM 1 utk yuran masuk/parking.
Ketika aku sampai keadaan memang sangat panas mcm sudah tengahari. Sangat ramai orang yg datang membawa keluarga mandi dan berkelah.. hingga penuh sepanjang sungai, kami terpaksa berjalan jauh naik ke atas untuk mencari tempat yg sesuai utk mandi.
Fuhh leganya bila berendam.. sejuknya air hingga ke tulang rasanya. Tak lama lepas tu perut akupun sudah berkeriot minta diisi. Berbekalkan makanan yg emak masak kami makan tengahari beramai-ramai di tepi sungai. Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat terus bernafas dan melihat kurniaan Allah yg indah ini. Sihat rasa badan berendam air sejuk. Semoga manusia terus menghargai alam. Sungai-sungai yg ada wajib di jaga supaya ia ada sepanjang zaman.
Go Green. Love Green
No comments:
Post a Comment