Tuesday, February 28, 2012

Cambodia - Day 1

Salam kembara buat semua. Februari sudah hampir berlalu, blog ini mcm tenggelam timbul sahaja adanya. Sudah hampir sebulan trip lalu ke Cambodia bersama rakan-rakan di tinggalkan namun kenangan masih kuat melekat di perasaan ini.


Cambodia adalah satu negara berhampiran Vietnam & Thailand. Nama lain bagi Cambodia adalah Kampuchea atau Kemboja. Ada kena mengena dgn orang Melayu - Champa dgn negara kita. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. (Saya kongsi satu petikan berita tidak berapa lama dulu)



Kita tinggalkan sejarah silam. Beranjak kepada tempat-tempat yg di kunjungi sewaktu berada di negara Kampuchea ini. Ini di antara ittenary kami ketika berada di sana selama 5 hari.Ittenary utk 5 hari kami di sana :

Ittenary for 5 days Trip

1st Day - trip from Lcct KL to Airport Phnom Penh, stop at Phnom Penh for lunch & site seeing in Central Market, 6 hour bus journey to Seam Reap, Stay at 8 Room, Site seeing in Night Market


2nd day in Seam Reap, sunrise in Angkor Wat, see other nearby Angkor (  Ankor Thomb dll     ), Cultural Village & at night see dancing in..... & shopping & foot massage in Night Market

3rd days, after bfast at D'Wau, go back to Phnom Penh another 6 hour bus journey, arrived Phnom Penh around 7pm, stay at Billabong Hotel, out for dinner at Asmak 81 and going for  Phnom Penh Night Market.

4th days, after bfast go to S21,  &  Killing Field  , after that shopping at Russian Market until 5pm, take photo in Royal Palace, see a Sg Mekong and National Museum.


5th day - last day before flight back to Kl at 3pm , we going to Central Market again for last chance buying.

 Hari Pertama

Hari Pertama kami telah menaiki kapal terbang Air Asia dr Lcct KL ke airport Phnom Penh. Phnom Penh adalah ibu negara bagi Cambodia, berada di pinggir Sungai Mekong dan bandarayanya taklah segah KL. Penerbangan tadi mengambil masa 1 jam 15 minit. Ketika sampai rasa agak kekok dgn keadaan lalu lintasnya yg sangat sibuk. Ketika kami sampai adalah waktu orang keluar ke tempat kerja. Tempat pemandu juga di sebelah kiri, dan saya sangat berasa janggal. Kami menaiki teksi ke hotel Billabong tempat kami menyimpan barang2.Meletak barang buat sementara di Billabong Hotel kerana kami akan ke Seam Reap petang nanti.

Seterusnya kami keluar mencari Restoren halal berhampiran menaiki tuk tuk. Oleh kerana bilangan kami agak ramai (9 orang) maka 2 tuk-tuk di perlukan. Kos perjalanan 1 tuk tuk $ 2 (in Us dollar). Berdasarkan survey awal yg dibuat oleh seorg rakan kami, maka mudah bagi pemandu mencari lokasi yg kami cari,
Makanan kami tengahari ini agak biasa, sekadar makan nasi goreng sebagai alas perut, mengikut kata mereka kedai makan kebanyakan menggunakan mata wang mereka sendiri iaitu Riel. Terpaksalah mencari pengurup wang kerana kami semua hanya menukar duit USD.


Selesai makan kami sekali lagi menaiki tuk tuk ke Central Market. Oleh kerana kami masih punya masa sebelum menaiki bas ke Seam Reap. Sempat lagi window shopping. Jalan kaki sahaja sewaktu pulang.


6 jam kami habiskan masa dalam bas, pada awalnya aku tidur namun oleh kerana keadaan jalannya agak beralun mata aku payah utk dilelapkan. Rakan yg lain dah selamat berlayar jauh. Dalam perjalanan ke sana aku nampak keadaan muka buminya rata & kontang mungkin kerana musim panas. Sepanjang 6 jam perjalanan hanya satu bukit yg aku nampak.

Sampai di Seam Reap, kami telah di tunggu oleh pemandu Van tempat kami menginap. Kami menginap di Eight Room (http://www.ei8htrooms.com), keadaan hotel selesa dan murah $16 sehari. Lepas check in kami tak membuang masa mencari kedai makan halal dgn berbekalkan alamat kami menuju ke satu perkampungan Islam menaiki tuk tuk. Kedai makan tersebut bersebelahan sebuah surau.


Disinilah kami berjumpa Saudara Yusoff yg sangat peramah, beliau pernah menetap di Malaysia beberapa tahun dan telah kembali menetap di Seam Reap. Beliau mempernalkan satu masakan orang kemboja seperti gambar di sebelah : (http://rimbunanhati.blogspot.com/2010/12/lembu-naik-bukit.html- utk sesiapa yg berminat nak rasa dan buat sendiri resepi ni) Saudara Yusoff sendiri yg memasak masakan lembu-naik-bukit dan melayan kami sehinggalah kami habis makan.

Selesai makan, kami balik ke hotel, tapi kaki kami masih belum penat. kami berjalan kaki ke Night Market yg hanya berhampiran dari hotel kami. Sempatlah kami melihat barang yg nak di bawa pulang dan survey apa yg patut utk di beli.
Akhirnya kaki dah hampir tak mampu melangkah, kami pulang ke hotel utk berehat. Bersedia untuk esok unruk bangun awal melihat Sunset di Angkor Wat.


(to be continue..)

Sunday, February 26, 2012

Sg Bil - Slim River, Perak

Cuti hari raya cina tahun ini jatuh pada bulan Januari, saya guna kesempatan ini utk berehat di kampung halaman. Berehat bersama family. Lama rasanya tidak duduk lama di kampung halaman yg hijau, sejuk dan menghirup udara segar. Rasa aman damai di sini walaupun ada perubahan di rasakan. Memang tidak boleh di bandingkan sewaktu aku kecil.. kampung inilah tempat aku membesar dan mengenal erti kehidupan.



Satu hari aku terasa ingin sangat utk mandi sungai.. cuaca panas ini membuatkan rasa ingin itu bergejolak. Kali ini aku pilih kawasan yg berhampiran sahaja dari rumah. Seawal pagi emak sudah menyediakan makanan utk di bawa ke sungai nanti. Sg Bil namanya tidak asing bagi penduduk di Perak. Perjalanan dari Pekan Tg Malim hanya mengambil masa 45 minit tapi dari kampung aku hanya mengambil masa 20 - 30 minit. Sampai di pintu masuk akan ada org kutip RM 1 utk yuran masuk/parking.

 

Ketika aku sampai keadaan memang sangat panas mcm sudah tengahari. Sangat ramai orang yg datang membawa keluarga mandi dan berkelah.. hingga penuh sepanjang sungai, kami terpaksa berjalan jauh naik ke atas untuk mencari tempat yg sesuai utk mandi.

Fuhh leganya bila berendam.. sejuknya air hingga ke tulang rasanya. Tak lama lepas tu perut akupun sudah berkeriot minta diisi. Berbekalkan makanan yg emak masak kami makan tengahari beramai-ramai di tepi sungai. Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat terus bernafas dan melihat kurniaan Allah yg indah ini. Sihat rasa badan berendam air sejuk. Semoga manusia terus menghargai alam. Sungai-sungai yg ada wajib di jaga supaya ia ada sepanjang zaman.

Go Green. Love Green






Friday, February 10, 2012

Kembara 2011

Salam kembara buat semua.. Alhamdulillah tahun 2011 di lalui dgn baik sekali setelah melalui kes kejiwaan. Dapat saya lalui dgn baik. Bersyukur dgn dugaan yg datang dan kini saya masih mampu mengecapi Cinta manusia dan cinta alam dgn izin yg Esa.

Setahun berlalu dan kini tiba 2012. Kembara saya di teruskan. Saya lampirkan gambar-gambar yg sempat saya simpan dalam perjalanan kembara saya di tahun 2011.

1. January 2011 
Sunway Lagoon & Pulau Pangkor


2. February 2011


3. March 2011
Istana Menanti Kuala Pilah & Kuala Kurau

 3. April 2011
Sabah,Cameron Highlan, Sg Siput & Taiping 


 

5. May 2011

Melaka & Zoo Negara KL

6. June 2011
Port Dickson

7. July 2011
KL Bird Park, Pulau Langkawi & Putrajaya (Floria)

9. September 2011
Kuala Kurau & Janda Baik
 


10. October 2011
Sg Congkak


11. November 2011
Genting Highland
 

12. December 2011
Cameron highland

Begitulah turutan pengembaraan saya di tahun 2011. Semoga saya kembali aktif menulis tahun ini.
Akhir kata Pantun ini buat semua :

Anak kambing duduk di daik,
Anak ayam mematuk lipan,
Semoga tahun ini tahun yg baik,
Kembara diteruskan mengharungi kehidupan.

Salam Kembara,
Is_Garfield03@ Green Cancer Photography