~Kembara sepi seorang insan yg kagum dengan ciptaan-Nya, Alam - udara, air & bumi. Amat menghargai kehijauan alam semesta yang tiada galang gantinya~
Monday, August 23, 2010
Masjid Negeri Shah Alam
Salam Ramadan Al-Mubarak, masuk hari ini hari ke-14 umat Islam berpuasa. Di malam ke 14 itu jugalah saya berpeluang berterawih di Masjid Negeri Shah Alam.. walaupun saya sering kali lalu lalang di hadapan Masjid ini amat jarang sekali singgah bersolat.. Masjid yg tersergam indah ini amat menenangkan mata memandang, cantikk.. buat hati teringin berhenti sejenak, berteleku menyembah Allah yg satu. Masjid ini adalah salah satu monumen yg menjadi mercutanda pada Negeri Selangor Darul Ehsan,
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.
Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.
Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.
Photo di bawah adalah di antara rekabentuk dalaman yg saya sempat rakamkan. Jika di luar masjid kita sudah rasa tenang melihat keindahannya, bila masuk dan duduk di dalamnya jiwa yg berkecamuk jadi tenang, jadi syahdu.. terasa dekatnya diri pada Allah.. Bersyukur dengan nikmat yg telah diberikan oleh-Nya
Saya sempat mengamati reka bentuk dalaman masjid ini.. ada banyak tulisan khat dan ukiran-ukiran. Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.
Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.
Info lain mengenai masjid ini :
Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas arahan Sultan Salahuddin melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1975. Tahun 1977, Jurubina Bertiga Arkitek diketuai oleh Dato' Baharuddin Abu Kassim, sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Beliau telah mengunjungi beberapa negara Islam untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid yang ada di negara-negara berkenaan.
Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.
Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekat ini bermula pada 1 Oktober 1983.
~ Begitulah serba sedikit sejarah yg dapat saya kongsi dan sepanjang pengamatan saya berada dalam masjid ini, tiada lain yg diinginkan, selain dari keredhaan-Nya. Semoga umur saya di panjangkan dan dimurahkan rezeki agar dapat saya meneruskan pengembaraan hidup saya seterusnya ~ Aminn
Tuesday, August 10, 2010
"Cuti-cuti di pinggir hutan Pahang"
Di pertengahan bulan Julai yg lalu sejurus sahaja hari lahir. Aku telah pergi ke satu tempat yg amat mendamaikan sekali.. kawasan ini berada nun jauh di pinggir hutan Pahang yg aku tidak pernah jelajahi sebelum ini.
Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam, dan bila sampai di kawasan ini aku rasa sangat tenang sekali.
Inilah rumah yg aku duduki.. ala-ala baliness stail.. aku sangat suka.. rumah yg di kelilingi pokok.. sejuk sahaja mata memandang.. seterusnya
Ini sedikit gambaran dalaman rumah yg aku duduki. Dari kerusi, katil, hiasan semuanya ala-ala baliness stail.. bilik airnya yg cantik, bilik tidurnya yg superb boleh buat mata tertutup bila duduk di atas katilnya.. emm mcm ala-ala gi honeymoon la pulak rasanya.. Barang-barang antik yg di display.. amat menarik sekali
Lihatlah pokok-pokok yg memagari jalan :
Titi yg di huni oleh mrak rimba yg dipeliharai oleh tuan punya resort AR ini...
Pokok palma, pokok kipas, pokok buah2an juga banyak di sekitar resort ini. yang paling best di hari terakir kami di jamu makan durian oleh tuan punya resort.
Ini adalag gambar pusat aktiviti, di mana mesyuarat/makan/karaoke/astro & lain2 aktiviti boleh diadakan. Superb tempat ni dan banyak masa aku duduk di sini.
Disini juga ada disediakan kemudahan memancing, di mana aktiviti memancing boleh di lakukan, dapat ikan, tuan resort akan masak dan makan di situ juga.
Bila penat dengan aktiviti2 lasak.. emm aku terjun ke dalam kolam yg amat menarik ni.. superb duduk berendam dalam air lama-lama
Seterusnya di luar kawan resort ini ada sebatang sungai yg mengalir. Bagi sesiapa yg lama tak menikmati air sungai yg sejuk boleh la terjun ke dalam sungai ni, tapi awas banyak hidupan liar yg ada.. especially katak.
Begitulah seronoknya aku menikmati keindahan percutian di pinggir hutan. boleh kata ini kira mcm hadiah hari lahir utk diri aku sendirilah. Walaupun penat dgn aktiviti yg di aturkan, aku rasa puas. InsyAllah aku akan ke sini lagi. One day.

Subscribe to:
Posts (Atom)