Tuesday, December 14, 2010

Bkt Cahaya Seri Alam


Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Pertanian Bukit Cahaya terletak dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada 1986 dengan tujuan utama untuk mampamerkan kemajuan bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia. Kecantikan dan keunikan taman ini telah mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang awam. Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan bas, basikal sewa, kereta kuda, jungle trekking, kedai makan, kawasan perkhemahan dan chalet. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari cuti umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel : (603) - 5510 6922 / 5510 6923
Fax: (603) - 5510 0922


Keluasan kawasan ini dalam 1290 hektar, sangat besar satu hari berjalan kaki pasti takkan mampu. Semasa saya ke sini selepas hujan, dalam pukul 11 pagi. Keadaan masih sejuk dan saya ambil keputusan berjalan sahaja. Lebih menyihatkan badan. Lihatlah kehijauan alam yg sangat menenangkan saya. Penatpun tak terasa sangat sebab rasa sangat sejuk.


Berbagai pohon hutan hujan khatulistiwa saya lihat, tinggi merimbun dan pastinya anugerah alam ini buat manusia makin dekat pada pencipta-Nya.



Terdapat juga pohon-pohon liar yg berbunga yg menjadi penyeri di balik kehijauan alam ini. Disebabkan saya berjalan kaki tak banyak tempat yg saya kunjungi. Sebelum ini saya pernah ke sini kalau tak silap saya 10 tahun dulu, selain melihat pohon-pohon merimbun byk lagi kawasan yg boleh di kunjungi, seperti map di bawah :







Terdapat aktiviti-aktiviti berkumpulan atau disebut team building boleh di susun untuk pekerja dan pelajar sebagai satu cara pengukuhan minda dan jati diri. Bayaran juga agak berpatutan.

Begitulah perjalanan saya, puas hati walaupun hantar seketika. Keadaan musim tengkujuh sekarang ini bukanlah penghalang untuk saya teruskan pengembaraan. Mencari ketenangan, mengenali diri dan bermuhasabah diri untuk menjadi yg lebih baik.