Thursday, September 16, 2010

Pantai Merdeka

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari ini sudah masuk hari ke lapan kita berhari raya. Buat aku raya tahun ini biasa sahaja kerana di hari raya pertama dan ke dua aku bekerja. Tapi aku masih bersyukur kerana hari raya tahun ini aku masih bernafas lagi, masih dapat menghirup udara di alam maya ini, masih berkesempatan mencium tangan ibunda tercinta dan memohon maaf pada semua. Syukur pada-Nya yg Esa.

Hari raya ke-3, turn aku untuk bercuti tiba. Aku balik ke kampung sebentar sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke Utara tanah air. Lama sudah aku tak menjejakkan kaki ke Utara berjumpa keluarga angkat aku di sana, kerana kesibukan kerja, menyekat keinginan aku ingin ke sana. Peluang yg ada ini aku gunakan sebaiknya.



Ketika di sana aku sempat ke Sg Petani, Kedah beraya di sana. Balik dari beraya aku singgah di Pantai Merdeka.. selalu aku dengar lagu Cinta Pantai Merdeka di copong radio, tetapi hari ini aku berpeluang terus ke sana. Melihat sendiri pantai yg sering di nyanyi dibibir anak2 muda.. Amat tenang sekali bila melihat air laut yg terbentang luas bagai memahami hati & perasaan yg sedang syahdu.. Aku bersiar-siar di sepanjang pantai melayan perasaan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah. Nun jauh di hujung pantai aku dapat lihat Gunung Jerai dan Masjid di Tanjung Dawai..



Walaupun ketika itu hari panas terik, ramai pengunjung yg datang. Duduk menikmati pemandangan, membawa anak-anak mandi manda di tepian Pantai dan ada yg menuju ke jeti untuk menaiki bot ke Tanjung Dawai di seberang sana. Ada yg masih dengan berbaju kurung dan berbaju melayu mungkin baru balik dari beraya terus datang ke sini. Petang ini agak panas walaupun jam ke tika itu sudahpun pukul 6 petang..



Seronok aku melihat gelagat orang-orang di sini.. berkumpul bersama keluarga yg ibu dan mak cik2 duduk di atas tikar yg di bentang.. berpicnic adanya.. aku lihat wajah tenang sepasang suami yg telah uzur duduk di atas kerusi roda... sayu hati aku.. apalah agaknya yg mereka fikirkan dan merenung jauh di hujung pantai sana.. menghabiskan sisa-sisa hidup yg tak tahu sampai kapan adanya.. aku lihat lagi wajah-wajah riang anak-anak kecil yg bermain di gigi air, menyelam & berenang ke sana sini, seronoknya mereka.. tak perlu fikir tentang masalah hidup... teringat seketika aku pada zaman itu yg telah jauh aku tinggalkan.. tak perlu fikir banyak..



Aku lihat di padang sana, Si Ayah mengajar anaknya bermain layang-layang.. ada yg layang nya naik tinggi dan ada yg hanya terbang rendah. ibarat kehidupan kita di dunia ini, ada yg di atas dan ada yg di bawah.. tiba-tiba terasa rindu pada kasih ayah yg telah lama kabur dari realitinya.. Begitulah kehidupan, tiada lepas dari kenangan dan memori yg lalu.. buat kita kuat dan menjadi pengalaman untuk kita teruskan kehidupan kita seterusnya.


Selain dari aktiviti-aktiviti yg boleh di buat di sini, ada di sediakan tempat penginapan seperti Merdeka Resort & Chalet, Food Court, tempat parking yg agak besar dan bagi yg suka ikan kering dan makanan laut, ada bot di sediakan untuk ke Tanjung Dawai. Jika anda berada di sekitar Utara tanah Air jgn lupa singgah sebentar di Pantai Merdeka.. lihat sendiri keindahannya.



Inilah serba sedikit pengalaman yg dapat aku kongsi bersama, selama sejam aku di pantai ini.. Pantai yg amat Indah sekali.. bikin hati mengingati seseorang.. ingin menjadi sang pecinta, bak lagu Cinta Pantai Merdeka.. akan aku kongsi lagu itu di hujung titipan ini.