Friday, March 5, 2010

Warna-Warni ICT Shah Alam

Gambar-gambar ini di ambil menggunakan Hp Nokia... keadaan gambar agak tak berapa sharp & clear.. maklumlah guna hp.. namun keseronokan snap gambar tu tak boleh lekang dari ingatan.. laju je jari jemari menggunakan hp..



Gambungan warna-warna lampu yg menarik ini buat ramai orang sanggup ke ICT ini. Waktu aku tiba.. dah hampir 11.30 malampun tapi masih ramai org sekitar Shah Alam & Klang datang bersama keluarga, bersantai di sini.. aka yg siap bawa tikar dan berkelah di tengah malam di atas rumput yg di penuhi dgn warna-warni cahaya..



Pokok Krismas yg sangat tinggi dan jua segala ilutrasi salji di buat di dalam sebuah bilik utk pameran kepada orang ramai..



Sungguh kreatif pihak penaja ini.. macam-macam bentuk, bukan sahaja dari pokok-pokok, bentuk haiwan seperti panda, burung merak, rusa dan macam-macam lagi..



Memang tak salah kata orang yg memuji-muji setelah datang ke tempat ini.. memang seronok.. dan memang menarik hati

Sg Congkak



Aku nak berkongsi keseronokan aku berkelah bersama kawan2 minggu lepas di salah sebuah sungai yg menarik di Selangor ni... Apa yg aku suka sudah pastilah aku dapat melihat kehijauan dan rimbunan pohon-pohon rendang menghijau di sekitar kawasan sungai.. bunyi air sungai yg mengalir di celah2 batu.. seronoknya berkelah di tepi sungai.. bila yg lain sibuk mengemas barang dan mendirikan khemah.. aku dan salah seorang kawan aku menghidupkan bara api utk kami berBBQ kejap lagi.. hmmm.. memang panas.. dgn terik cahaya matahari yg dah mula membakar bumi dan bara api dan asapnya pula menyesak mata.. tapi akhirnya kami berjaya menghidupkan api.. mula membakar ayam, sotong & sausage..



Masa siap membakar.. perutpun sudah lapar.. apa lagi kami semua santap dahulu kerana masing-masing belum bersarapan... tenaga banyak habis tadi kerana mengangkat barang agak jauh ke dalam.. sebab mencari port yg tak berapa ramai orang.. maklumlah hari sabtu.. tempat2 macam ni jadi kunjungan ramai sebab masing-masing orang kota mencari tempat utk beriadah dan menghilangkan stress.. begitu jugalah aku.. yg stress dgn kerja dan hiruk pikuk bandar yg kadang kala inginkan ketenangan dan kedamaian.. duduk ditepi sungai inipun dah banyak menghilangkan stress.. itu belum lagi duduk dalam air tu..



Bila perut dah kenyang, kampun ramai-ramailah turun ke sungai.. waduhhh sejuknya bila kaki mencecah air sungai.. tegak segala bulu roma.. sejukkk.. aku gagahkan jua kaki ni masuk ke dalam sungai.. aku berjaya ha ha.. tapi tiba-tiba aku disirami oleh kawan2 aku.. bertambahlah sejuk aku.. Memang keadaan ini yg aku cari, ketenangan sambil menikmati keindahan alam.. aku duduk dia antara batu-batu.. kocakan air menenangkan aku.. ya aku memang seronok.. bersyukur dgn nikmatnya.. bila agaknya aku dapat lagi menikmati keseronokan ini..? InsyAllah pasti aku datang lahi ke sini..